BELASUNGKAWA
DORIS DAY: legenda Hollywood terus dikenang
Pelakon, penyanyi legenda Barat ini terkenal dengan peribadi sopan dan lembut di sebalik kehidupan perit sejak kecil
May 16, 2019 | 05:30 AM
RAMAI peminat filem lama Hollywood tahun 1950-an dan 1960-an akan mengingati pelakon dan penyanyi legenda, Doris Day, sebagai antara yang meninggalkan kesan besar dek perwatakannya yang tampak senang didekati.
Bintang kelahiran Ohio, Amerika Syarikat, dengan nama sebenar, Doris Mary Ann Kappelhoff, menghembuskan nafasnya yang terakhir, Isnin lalu pada usia 97 tahun di kediamannya di Carmel Valley, California.