SETELAH 11 tahun menceburi bidang tarian, penari Cik Nur Huwaina Mohamed Ibrahim, 25 tahun, seronok menyahut cabaran berlakon sambil menari dalam pementasan drama tari terbaru kumpulan Sriwana, Suara - Menaruh Harapan.
Cik Nur Huwaina, yang telah menari sejak usianya 14 tahun, mendapati pengalaman berlakon sebagai satu cabaran baru. Daripada tarianlah beliau mempelajari, antaranya, cara melontarkan dialog dan menjiwai watak.