REVIU DRAMA KOREA DI NETFLIX
Drama teroka peluang kedua bina kerjaya dan bercinta
Dec 22, 2019 | 05:30 AM
Jika anda suka membaca, drama Romance Is A Bonus Book ini adalah ibarat sajian petang yang menyelerakan.
Petikan-petikan puitis yang diungkap daripada buku-buku yang diketengahkan dalam ceritanya dan paparan bagaimana pasukan penerbitan begitu bersemangat menghasilkan buku demi mengembalikan minat membaca, cukup manis disingkap.