Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Duit raya terakhir Chef Adam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Duit raya terakhir Chef Adam

Jul 11, 2019 | 11:22 AM



“TIDAK dapat saya gambarkan dengan kata-kata perasaan ketika menyerahkan duit raya itu kepada mereka. Malah, bukan saja saya, tetapi seluruh keluarga berkongsi rasa sama,” kata Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42.



Beliau adalah kakak sulung chef selebriti, Allahyarham Muhammad Adam dan berkongsi rasa sayu berhubung video dimuat naik di akaun Instagram (IG) The Family UK, semalam.



Menerusi video berdurasi 59 saat itu, Dr Nor Ashmiza dilihat mengagihkan sampul berisi duit raya kepada tiga anak buahnya iaitu Omar Mukhtar, 12, Fatimah, 5, dan Ali, 4, sambil disaksikan datuk mereka, Mahamed Ismail.



Turut disertakan di pos berkenaan adalah pautan video penuh berdurasi tiga minit 24 saat yang mendapat lebih 32,000 tontonan sejak dimuat naik di YouTube, 12 jam lalu.



Pos berkenaan turut disertakan dengan kapsyen yang menyatakan duit raya itu adalah pemberian terakhir daripada Muhammad Adam atau lebih mesra dengan panggilan Mamaji sebagai tanda sayang dan ingatan terhadap ketiga-tiga anak buah kesayangannya itu.



Bercerita lanjut, Dr Nor Ashmiza berkata, video itu dirakam di rumah adiknya, Nor Ashila, 39, yang juga ibu kepada Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali di Birmingham, United Kingdom (UK) pada 3 Julai lalu.



Katanya, duit raya berkenaan adalah pemberian Muhammad Adam ketika hayatnya dan diamanahkan kepada ibunya, Bibi Asha Hukum Khan untuk diserahkan kepada ketiga-tiga beradik itu.



“Arwah Adam meminta Mummy (panggilan buat ibunya) menyerahkan duit raya itu kepada semua anak saudara beliau termasuk Mukhtar, Fatimah dan Ali.



“Kiranya, itu adalah duit raya terakhir daripada arwah Adam dan pengganti dirinya buat anak saudara tercinta.



“Wang itu diserahkan kepada mereka pada 3 Julai lalu iaitu selepas saya tiba di UK dari Malaysia,” katanya kepada media Malaysia, Harian Metro.



Dalam pada itu, Dr Nor Ashmiza turut berterima kasih kepada semua yang memberi komen positif dan mendoakan arwah adiknya.



“Segala pujian bagi Allah SWT atas semua komen yang baik buat adik saya. Mudah-mudahan Allah SWT mengangkat kesemua sebagai doa yang baik untuknya (Allahyarham Muhammad Adam),” katanya.



Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia pada 5 pagi 19 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.



Allahyarham yang berusia 29 tahun dan sepupu pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >