Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Dunia niaga tidak seindah diharap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dunia niaga tidak seindah diharap

May 26, 2019 | 05:30 AM



SEMENTARA perjalanan seni mereka berjalan secara konsisten biarpun tanpa banyak publisiti, nasib Nuradee dalam dunia perniagaan tidaklah seindah yang diharapkan.



Mohamed Rasid Abdullah (Adee) dan adiknya, Mohd Noor (Nur), mengakui mereka telah kerugian ratusan ribu dolar dalam beberapa pelaburan, termasuk yang terbesar di Batam, Indonesia, melibatkan projek vila atas air untuk percutian. Projek itu dilaporkan bernilai $8 juta.



Nur mendakwa telah ditipu dalam pelaburan di Batam, menyebabkan simpanan hasil kerja keras mereka sebelum ini dan hasil pelaburan rakan-rakan kongsi hangus begitu saja.



"Ratusan ribu yang dilaburkan dalam projek itu hilang begitu saja. Memang sakit hati sebab kami fikir, kami telah membuat pelaburan yang baik. Rupa-rupanya kami berurusan dengan orang-orang yang tidak jujur," ujarnya.



Berita Harian sebelum ini pernah melaporkan Nuradee telah melabur sebuah projek pusat peranginan di Batam pada 2014. Projek itu juga melibatkan pelaburan beberapa orang Singapura lain.



Namun pembangunan di Tanjong Pinggir, Sekupang, itu tidak langsung nampak bayangnya setelah beberapa tahun kemudian.



Adee bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai kerugian yang ditanggung serta pelabur lain yang terlibat.



Selain hartanah, perniagaan mereka yang lain di Indonesia juga menghadapi banyak rintangan.



Namun keberadaan di Indonesia secara tidak langsung membuka ruang untuk mereka meluaskan sayap di pentas nyanyian.



Pasangan adik-beradik itu, yang sebelum itu dilaporkan mula bangkit dari segi ekonomi selepas melabur dalam beberapa hartanah, mengakui masih mempunyai hartanah di Singapura iaitu di Stevens Road. Yang lain termasuk di North Bridge Road, sudah lama dijual.



Selain itu, mereka menjalankan peniagaan restoran makanan Singapura di Taman Perling, Johor Baharu.



Restoran yang diberi nama Lunak Rasa itu, kata Adee, diuruskan mereka sendiri kerana "sukar memberi kepercayaan kepada orang lain" dan ia berjalan dengan baik selama dua tahun sejak 2016.



Namun restoran itu sejak awal tahun ini terpaksa ditutup dan diserahkan operasinya kepada seorang teman mereka setelah Nur mengalami masalah kesihatan.



"Tanpa Nur, saya tak boleh teruskan restoran ini seorang diri," kata Adee.



Kata Nur pula: "Duit banyak hilang pun pengajaran besar buat kami. Sedih tetapi ia memberi kesedaran, dalam hidup, ada perkara lain yang boleh membahagiakan kita iaitu keluarga dan orang-orang sekeliling yang sentiasa memberi sokongan. Selain itu, kena lebih dekatkan diri dengan agama. Hati tenang, badan sihat... itu lebih penting daripada mengumpul harta yang tak akan kekal selamanya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >