Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Dunia siap urus hingga 152 juta pesakit demensia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dunia siap urus hingga 152 juta pesakit demensia

Dec 23, 2017 | 05:30 AM



JUMLAH penduduk yang kian menua bermakna jumlah mereka yang menghidap demensia dijangka bertambah tiga kali ganda daripada 50 juta kepada 152 juta orang menjelang 2050.



Pengarah Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu, berkata:



"Setiap tahun, hampir 10 juta orang menghidapi demensia, dengan sekitar enam juta daripada mereka tinggal di negara berpendapatan rendah dan pertengahan.



"Ini isyarat cemas: Kita perlu beri lebih perhatian kepada cabaran yang bertambah dan memastikan semua orang yang menghidap demensia, tidak kira di mana mereka tinggal, mendapat jagaan yang diperlukan."



Dianggar kos jagaan demensia sedunia ialah sekitar AS$818 bilion ($1.1 trilion) setahun, sejajar dengan lebih 1 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) seluruh dunia.



Kos keseluruhan termasuk kos perubatan, jagaan sosial, dan jagaan tidak formal (penjaga hilang pendapatan).



Menjelang 2030, kos itu dijangka bertambah lebih seganda kepada AS$2 trilion.



Kos tersebut boleh menjejas pembangunan sosial dan ekonomi dan khidmat kesihatan serta sosial, termasuk sistem jagaan jangka panjang.



Baru-baru ini, gerbang Global Dementia Observatorytelah dilancar WHO. Platform itu akan memantau kemajuan pembelian khidmat bagi pesakit demensia dan penjaga seluruh dunia.



Laman itu juga akan memantau kehadiran dasar dan perancangan nasional, langkah mengurangkan risiko dan prasarana bagi jagaan serta rawatan yang ditawarkan.



Maklumat tentang sistem pemantauan dan data beban penyakit juga disediakan.



"Ini sistem pemantauan demensia sejagat yang pertama dan turut melibatkan pelbagai data menyeluruh.



"Sistem ini bukan sekadar mengesan kemajuan, malah mengesan bidang di mana usaha masa depan amat diperlukan," kata Dr Tarun Dua daripada Jabatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan WHO.



Sehingga kini, WHO mengumpulkan data dari 21 negara di semua peringkat pendapatan.



Menjelang tahun depan, sekitar 50 negara dijangka menyumbang kepada data tersebut.



Dapatan awal menunjukkan kebanyakan negara yang telah menghantar data sudah mengambil langkah dalam bidang seperti perancangan, kesedaran mengenai demensia serta mesra demensia (seperti menyelaras penglibatan dalam kegiatan masyarakat serta menangani stigma pesakit demensia).



Terdapat juga khidmat sokongan serta latihan bagi penjaga, yang biasanya terdiri daripada anggota keluarga.



Daripada negara yang memberi data sejauh ini:



  • Sekitar 81 peratus sudah menjalankan kempen kesedaran demensia atau mengurangkan risiko;

  • Sekitar 71 peratus mempunyai rancangan berkaitan demensia;

  • Sekitar 71 peratus menawarkan sokongan dan latihan untuk penjaga; dan

  • Sekitar 66 peratus mempunyai daya usaha mesra demensia.


"Setiap tahun, hampir 10 juta orang menghidapi demensia, dengan sekitar enam juta daripada mereka tinggal di negara berpendapatan rendah dan pertengahan.

Ini isyarat cemas: Kita perlu beri lebih perhatian kepada cabaran yang bertambah dan memastikan semua orang yang menghidap demensia, tidak kira di mana mereka tinggal, mendapat jagaan yang diperlukan."

- Pengarah Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu.




INFOGRAFIK: 10 TANDA AMARAN DEMENSIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >