Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Dwayne Johnson pelakon yang dibayar paling tinggi: Forbes

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dwayne Johnson pelakon yang dibayar paling tinggi: Forbes

Aug 22, 2019 | 02:20 PM



LOS ANGELES - WIRA filem aksi, Dwayne Johnson, bintang ‘Jumanji’ dan francais ‘Fast and Furious’, menduduki tempat teratas dalam senarai tahunan pelakon yang dibayar paling tinggi di dunia, majalah Forbes melaporkan pada Rabu (21 Ogos).



Dwayne, bekas ahli gusti yang dikenali sebagai The Rock, dibayar AS$89.4 juta (S$ 123 juta) dari Jun 2018 hingga Jun 2019, menurut majalah itu.



Ia termasuk gaji dan sebahagian daripada keuntungan dari filem-filem lakonannya.



Misalnya, bagi setiap episod siri HBO Ballers, beliau dibayar AS$700,000 (S$969,920).



Dwayne turut dibayar bayaran tujuh angka untuk penjualan pakaian, kasut dan fon kepala dengan jenama Under Armor.



Di tempat kedua dan ketiga dalam senarai pelakon yang dibayar paling tinggi Forbes ialah dua bintang filem 'Avengers: Endgame', yang juga merupakan filem yang mendapat keuntungan paling tinggi yang pernah dicatat sejarah.



Chris Hemsworth, yang memainkan watak Thor, dibayar AS$76.4 juta (S$105.9 juta), manakala pelakon Iron Man, Robert Downey Jr memperoleh pendapatan AS$66 juta (S$91.4 juta).



Bintang-bintang ‘Avengers: Endgame’ yang lain - Bradley Cooper, Chris Evans dan Paul Rudd - juga disenaraikan dalam tangga sepuluh teratas.



Namun, jumlah besar pendapatan Bradley berasal daripada pendapatannya dalam ‘A Star Is Born’, drama muzikal yang diarah, dihasilkan, ditulis dan dibintanginya bersama Lady Gaga. 



Bradley telah mengumpulkan AS$40 juta (S$55.4 juta) daripada jumlah keseluruhan AS$57 juta (S$79 juta) daripada filem itu, menurut Forbes.



Pelakon Bollywood Akshay Kumar, menduduki tempat keempat, dengan pendapatan sebanyak AS$65 juta (S$90 juta).



Pelakon aksi kelahiran Hong Kong, Jackie Chan, dibayar AS$58 juta (S$80.3 juta).



Angka yang diterbitkan adalah sebelum cukai dan tidak termasuk potongan untuk bayaran yang diberikan kepada ajen, pengurus dan peguam, kata Forbes. -Agensi Berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >