Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Edry KRU tubuh syarikat promosi seni di Britain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Edry KRU tubuh syarikat promosi seni di Britain

Aug 04, 2018 | 05:30 AM



WALAUPUN telah berhijrah ke Britain demi memberi pendidikan terbaik buat anak ketiganya, Emery, 11 tahun, yang disahkan mengalami autisme, penerbit dan komposer Edry Abdul Halim, 42 tahun, tetap tidak meninggalkan dunia seni.



Beliau bahkan akan menubuhkan syarikat, KRU Entertainment United Kingdom Limited, untuk terus bergiat aktif selain sebagai saluran untuk menyara hidup.



Syarikat yang berpangkalan di Manchester itu akan memulakan operasi penuh penghujung tahun ini dan berperanan sebagai ejen promosi bagi membawa artis Asia dan antarabangsa mengadakan persembahan di dalam dan luar negara, lapor Berita HarianMalaysia.



"Saya memilih Manchester kerana di sana ada sekolah terbaik untuk anak autisme. Saya belum mendaftarkan lagi anak saya kerana sesi persekolahan hanya bermula September ini.



"Saya akan lihat dulu perkembangan Emery dalam tempoh setahun atau dua tahun ini, jika tidak bersesuaian, dia mungkin dipindahkan ke sekolah lain,'' kata Edry.



Mengenai syarikatnya, beliau berkata:



"Menerusi syarikat ini, saya akan mencungkil bakat baru di sana, selain menjadi ejen promoter untuk konsert artis antarabangsa di Malaysia dan Asia.



"Ia masih dalam proses penubuhan, insya-Allah hujung tahun ini akan beroperasi sepenuhnya,'' kata Edry yang ditemui di majlis tayangan perdana dunia filem Wheely di Kuala Lumpur kelmarin malam.



Pulang ke tanah air selama seminggu bagi memberi sokongan kepada penerbitan filem animasi abangnya, Datuk Norman Abdul Halim, Edry berkata peluang itu juga dimanfaatkan untuk melepaskan kerinduan terhadap keluarga selepas lebih sebulan menetap di Britain.



Selain itu, Edry juga masih menguruskan empat artis naungan KRU yang memerlukannya berulang-alik dari Manchester ke Kuala Lumpur.



"Walaupun berjauhan, tidak susah menguruskan mereka kerana kami boleh berkomunikasi menerusi FaceTime dan Skype. Segala perbincangan dan komunikasi hanya menerusi media sosial.



"Jika perlu, saya akan pulang ke ibu kota bersendirian. Anak-anak juga masih belum faham mengapa kami ke sana dan menyangka sedang bercuti. Kami bawa mereka berjalan-jalan dulu sebelum sesi persekolahan bermula,'' katanya.



Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata - Emil, Edylia, Emery serta Ely.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >