Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Elfira Loy bagai puteri raja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Elfira Loy bagai puteri raja

Jan 06, 2019 | 05:13 PM



SELEPAS menamatkan zaman bujangnya pada 1 Januari lalu, pelakon dan usahawan muda Elfira Loy serta pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, disambut meriah tetamu dalam satu majlis persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi (5 Januari).



Portal Media Hiburan melaporkan Elfira, yang nama sebenarnya ialah Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24 tahun, mengenakan persalinan ilham pereka kesayangannya, Rizman Ruzaini.



Memuat naik gambar beliau menggayakan gaun yang disifatkan ibarat puteri raja oleh sesetengah pengguna Facebook itu, Elfira berkata:



“Saya tidak dapat terucap rasa gembira saya dengan baju, solekan dan sebagainya. Terima kasih kerana merealisasikan impian gadis ini malam tadi.



“Saya sangat gembira dan saya tidak fikir saya ingin mengubah apa pun.”



Elfira dan suaminya yang merupakan pengurus besar syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia dinikahkan oleh bapa Elfira sendiri, Ahmad Sabri Ariffin, dalam sebuah majlis tertutup di sekitar Cyberjaya sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >