Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ellen DeGeneres mungkin akhiri rancangan 'The Ellen DeGeneres Show'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ellen DeGeneres mungkin akhiri rancangan 'The Ellen DeGeneres Show'

Dec 14, 2018 | 05:30 AM



PELAWAK Ellen DeGeneres mendedahkan dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa beliau sedang menimbangkan untuk mengakhiri rancangan bual bicara siang harinya yang berjudul The Ellen DeGeneres Show.



Beliau mengumumkan tentang kemungkinan meninggalkan siri yang telah lama bersiaran itu dalam satu wawancara bersama The New York Times yang disiarkan kelmarin.



Menurut The Hollywood Reporter, awal tahun ini ia melaporkan bahawa DeGeneres memilih melanjutkan kontraknya dalam tawaran yang mengekalkan rancangan itu di udara sehingga musim panas 2020.



Menurut Times pula, pelawak berusia 60 tahun itu hampir menolak tawaran tersebut pada waktu itu.



Dalam wawancara tersebut, DeGeneres berkata abangnya, Vance DeGeneres, mahu beliau meneruskan rancangan itu selepas 2020 kerana abangnya itu percaya beliau adalah orang yang memberi harapan dalam iklim politik yang memecahbelahkan hari ini.



Pasangannya, Portia de Rossi, bagaimanapun sedang menggalakkan hos rancangan bual bicara itu agar meneroka peluang baru.



"de Rossi naik marah apabila abang saya beritahu saya bahawa saya tidak boleh berhenti," kata DeGeneres kepada Times.



de Rossi berpendapat pasangannya itu mempunyai "benda lain yang boleh beliau tangani".



"Saya tidak melihat tamatnya rancangan beliau itu bermakna berakhirnya juga kerjayanya,'' tambahnya.



Sama ada beliau memutuskan untuk melangkah daripada siri siang harinya itu selama-lamanya ataupun tidak, DeGeneres sekarang ini sedang memberi tumpuan kepada usahanya untuk kembali ke bidang komedi.



Beliau kembali ke stand-up dalam rancangan khas Netflix akan datangnya, Relatable, rancangan khas komedi pertamanya sejak Here and Now HBO pada 2003.



"Saya mahu tunjukkan semua tentang saya," terang DeGeneres.



"Rancangan bual bicara itu adalah tentang saya, tapi saya juga memainkan watak sebagai hos rancangan bual bicara. Ada sedikit perbezaan."



de Rossi memberitahu Times bahawa DeGeneres "sedikit lebih rumit daripada apa yang dilihat di rancangan itu. Terdapat lebih banyak lagi emosi."



Rancangan The Ellen DeGeneres Show adalah rancangan yang mendapat penilaian tertinggi dalam genre bual bicara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >