Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Enam peserta termasuk Hady, Jatt ke peringkat akhir Gegar Vaganza 6

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Enam peserta termasuk Hady, Jatt ke peringkat akhir Gegar Vaganza 6

Dec 16, 2019 | 12:28 AM



DUA bakat Singapura, Hady Mirza dan Jatt Ali, berjaya mara ke peringkat akhir Gegar Vaganza 6 (GV6) yang berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Ahad ini.


Selepas pertarungan sengit selama 10 minggu, Hady, 39 tahun dan Jatt, 63 tahun, tersenarai sebagai antara enam peserta dengan markah tertinggi di pusingan separuh akhir malam tadi (15 Disember).





Empat finalis lain adalah Naqiu, One Nation Emcees, Nurfatima dan Sham Visa. Perjalanan Wann dan Noorshila Amin pula terhenti malam tadi dengan kedua-duanya pulang dengan pengalaman manis mengembalikan semula cinta pada bidang nyanyian dan mengubati rindu peminat.


Dengan dendangan lagu All My Life serta Takdir Tercipta (didendangkan bersama Dia Fadila), Hady berada di tangga teratas dan turut memenangi Anugerah Artis Cili Padi Paling Power dengan membawa pulang RM10,000 ($3,272). Anugerah itu diberi pengadil buat bintang paling menyerlah dengan persembahan terbaik.






Pada Ahad ini, finalis perlu menyanyikan satu lagu solo dan turut terlibat dalam pusingan 'battle' di mana mereka akan dipasangkan sesama sendiri.


Hadiah juara berupa wang tunai RM100,000 dan pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah menjadi rebutan.


Dalam pada itu, media sosial dihujani ucapan tahniah warganet buat kesemua finalis.


Noor Aslina Niti menulis:

"Saya tak sabar mendengar Hady menyanyikan lagu Ernie Zakri, Ku Bersuara, di pusingan akhir nanti. Saya tidak pernah mendengar lagu asalnya tetapi setelah menyemak di YouTube, nampaknya ia adalah lagu dengan jiwa. Harap-harap Hady dapat beri yang terbaik dan memenangi GV6."


Halil Nasil pula menambah:

"Saya yakin persaingan sengit antara dua vokalis hebat dan peserta mantap di GV6, Hady dan Naqiu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >