Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ernie perkasa diri dengan ilmu lakonan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

5 soalan

Ernie perkasa diri dengan ilmu lakonan

Jan 09, 2020 | 05:30 AM



SUARA merdu dan bertenaga penyanyi kelahiran Kuala Lumpur, Ernie Zakri, 27 tahun, memang tidak dapat dinafikan.



Namun, baru-baru ini, Ernie yang nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, menebarkan sayap seninya dengan berlakon dalam drama Suri Katriana.



Beliau membawakan watak utama sebagai Suri, gadis cantik dan baik hati, yang melalui beberapa tragedi dalam hidup sehingga mengubah perspektif kehidupannya.



Ikuti temu bual bersamanya di Hotel Aqueen Paya Lebar, baru-baru ini. Ernie ke sini bagi satu persembahan di Wisma Geylang Serai (WGS).



BAGAIMANAKAH PENGALAMAN PERTAMA ERNIE BERLAKON?



Saya sebenarnya rasa seronok dan teruja diberi peluang memainkan watak utama. Namun, saya akur berlakon itu sukar. Sangka saya peranan ini mudah tetapi apabila membaca skripnya, alamak susah juga. Alhamdulillah, maklum balas yang diterima positif.



APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI DALAM BIDANG LAKONAN?



Cabaran lebih pada tuntutan masa yang diperlukan dalam bidang lakonan. Kalau kita menjalani kehidupan sebagai penyanyi, kita luangkan masa beberapa jam sehari bagi satu acara dan ia berakhir begitu. Namun di set penggambaran drama, tempoh yang diperlukan lebih lama...kadangkala sehari suntuk di set. Alhamdulillah, pelakon lain dan kru penerbitan banyak membantu saya menyesuaikan diri sehingga terasa teruja di set.



APA YANG ERNIE PELAJARI SETELAH MENCUBA BIDANG LAKONAN?



Banyak sangat yang dipelajari. Namun pengajaran paling utama adalah minat mendalam terhadap satu cabang seni datang dahulu. Saya tabik hormat pelakon mapan kita yang komited pada watak yang mereka bawa dari masa ke masa. Mereka harus jadi seseorang yang bukan diri mereka sendiri setiap waktu. Minat itu perlu sebagaimana saya menyanyi dan berusaha memberikan yang terbaik kerana ia amanah saya sebagai penyanyi. Dengan seni lakonan ini juga, saya bolehpastikan persembahan pentas saya atau lakonan dalam video muzik saya lebih penjiwaan dari segi mimik muka dan pergerakan.



APAKAH PERANCANGAN 2020 BUAT ERNIE?



Banyak sebenarnya. Saya dan rakan duet saya, Syamel, merancang membuat konsert mini bagi menyajikan karya solo kami mahupun duet. Ia adalah impian kami. Kami mendoakan yang terbaik. Moga ada rezeki.



SEMPAT BERCUTI BAGI MERAIH SEMULA TENAGA?



Bercuti memang tak sempat lagi sebab banyak acara yang perlu dibereskan. Tapi tak mengapalah selagi masih muda, kita kerja keras. Cuti boleh datang kemudian. Cuma Alhamdulillah, saya dapat menunaikan umrah bersama keluarga.
- HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >