Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Erra Fazira pernah alami kemurungan

Jul 25, 2018 | 05:30 AM



TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.



Percakapan yang diungkap atau ditulis seseorang itu boleh memberi impak yang besar buat orang lain.



Malah, selebriti adalah antara golongan yang tidak terlepas dari hal ini.



Kecaman dari orang ramai serta kontroversi yang melanda dirinya pernah menjadi punca pelakon jelita Erra Fazira, 44 tahun, terlibat dalam kemurungan.



Menurut Utusan Online, kemurungan yang dialami pelakon itu telah mengakibatkan beliau berkurung dalam bilik selama seminggu.



"Mental asyik terfikir dengan apa orang luar kata tentang saya. Ya, kemurungan itu memang menyakitkan.



Tapi pada hari kelapan, saya paksa diri untuk bangkit juga. Saya memikirkan ada tanggungjawab yang belum selesai," kata Erra seperti yang ditulis dalam laman tersebut.



Beliau juga menambah bahawa seseorang itu tidak sepatutnya mengambil masa yang lama untuk berdepan dengan sesuatu masalah.



"Carilah penyelesaian bagi merawat kesedihan itu," ujar Erra.



Beliau juga menerima sokongan daripada orang-orang terdekat seperti keluarga serta rakan-rakan.



Pengalaman yang dilalui pelakon itu merupakan antara cabaran yang perlu dilalui seorang anak seni.



Oleh itu, mereka memerlukan daya fizikal serta mental yang kuat.



"Saya kuatkan hati, jadi positif dan menganggap apa yang terjadi sebagai proses mematangkan diri," kata Erra lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >