Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Faizal Tahir beri bayangan ingin undur dari dunia muzik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Faizal Tahir beri bayangan ingin undur dari dunia muzik

Sep 07, 2019 | 04:46 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir memberikan bayangan ingin berundur daripada dunia muzik kerana merasakan kehilangan dua pemain gitar yang juga sahabat baiknya menjadi petanda untuknya berbuat demikian.



Menurut laporan media Malaysia, spekulasi ramai itu semakin kuat apabila foto di akaun Instagramnya juga dipadamkan, sebaliknya hanya meninggalkan tiga perkongsian yang ditujukan khas untuk kedua-dua pemuzik berkenaan.



Faizal berkata, Wan Kelly dan Aji adalah dua individu yang menjadi tunjang terhadap perkembangan muzik serta persembahan secara langsungnya, selama ini.



“Saya tidak percaya pada kebetulan. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Dan, apa yang terjadi juga ada sebabnya. (Ia adalah) Peringatan dan petanda. Petanda untuk saya mengundurkan diri.



“Saya tahu, kamu berdua berada di tempat yang terbaik kerana kamu adalah insan yang hebat, suci dan berhati mulia. Allah menyayangi kamu.



“Masa saya juga akan tiba, tetapi (saya) masih di sini dan percaya, (saya) mempunyai tujuan, peranan serta tanggungjawab untuk dilaksanakan sebelum bertemu dengan kamu. Allah maha mengetahui,” katanya menerusi Instagram.



Menerusi perkongsian lain, penyanyi merangkap komposer itu turut menegaskan tidak mungkin mengadakan persembahan langsung buat masa ini berikutan pemuzik yang tiada galang ganti itu tidak lagi di sisi.



Pemain bes, Wan Kelly atau nama sebenarnya Wan Kelly Abdul Rahman, menghembuskan nafas terakhir ketika mengadakan latihan dan sesi ujian bunyi di sebuah taman tema di Ipoh, Perak, pada 4 Mei lalu.



Pemain gitar, Aji atau Fauzi Samin, 50, pula meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Bukit Kemuning, Shah Alam, kira-kira jam 11.45 pagi, kelmarin, akibat serangan jantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >