Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Farah Asyikin kembali bersemangat setelah sedekad berehat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Farah Asyikin kembali bersemangat setelah sedekad berehat

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



RASA teruja bercampur gementar sudah biasa memenuhi jiwa penyanyi Farah Asyikin Zulkifli apabila beliau bertanding dalam peraduan realiti Malaysian Idol dan One In A Million dulu.



Namun, apabila diundang menyertai peraduan realiti lagu motivasi dan kerohanian anjuran saluran Astro Oasis Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), ibu seorang anak lelaki berusia empat tahun itu tertanya-tanya mampukah vokal yang sudah sedekad lamanya berehat itu menyampaikan maksud positif?



Seperti dijelaskan Farah, 38 tahun, yang ditemui Gah! di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil:



"Sebenarnya tak sangka pada usia sebegini, saya masih lagi berada di gelanggang peraduan realiti.



"Dah lama menyepi dan 'bercuti'... nak dekat 10 tahun lamanya, jadi terasa kekok pula.



"Tambahan pula, GGV2 ada bezanya dengan peraduan realiti lain. Jauh daripada menilai mutu vokal, ia juga menguji keupayaan peserta menyampaikan pesanan positif secara kreatif.



"Pendekatannya berlainan sebab kita perlu tekankan tentang keberkesanan penyampaian kita... Sejauh mana ia sampai kepada pengadil dan penonton."



Pengalaman menyertai peraduan sebegitu membuatkannya yang kini bergelar usahawan busana Muslimah memikirkan kemungkinan mendendangkan lagu positif yang menggalak semangat baru.



"GGV2 suatu percubaan. Saya akan lihat bagaimana peredaran kerjaya saya dalam bidang lagu motivasi ini hari demi hari.



"Saya juga takkan kecewa kalau saya terkeluar daripada peraduan ini. Malah saya yakin pada ketentuan-Nya," katanya.



Minggu lalu, Farah ditugaskan mendendang lagu yang dipopularkan Aishah, Syurga Di Telapak Kaki Ibu.



"Saya jenis kuat beremosi. Takut pula apabila menyanyikan lagu ini, saya akan menangis kerana teringatkan perjuangan ibu sendiri dan ibu lain.



"Saya juga pernah menjadi ibu tunggal dengan ujian tersendiri. Namun, setiap kali berbicara tentang pengorbanan dan nasihat ibu, saya akan teringatkan pesanan ibu bahawa jangan sekali melupakan diri dan Allah.



"Apa pun kemudahan dunia, jangan leka kerana kesemua perkara yang kita buat bergantung pada-Nya. Maka, saya menghimpunkan doa agar saya akan digalakkan melakukan benda yang Allah suka," katanya.



Farah menyifatkan dirinya sebagai ibu penyayang yang tegas dan mempertahankan anak.



"Selebihnya, dalam setiap amanah, saya masih dahagakan ilmu pengetahuan. Menerusi perniagaan saya pun, saya ingin berkongsi dan belajar daripada orang lain.



"Moga saya dipertemukan dengan orang hebat yang akan memperkasa semangat mengikut sunah Rasulullah saw agar berjuang dalam dunia perniagaan, mempromosikan dan meniaga barangan baik dan bermanfaat buat masyarakat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >