Farawahida yakin rezeki 'tidak salah alamat', Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Farawahida yakin rezeki 'tidak salah alamat'

Nov 18, 2018 | 05:30 AM

SUDAH lama pelantun lagu Setia Menanti, Farawahida Razali, tidak merasakan pelukan mesra peminatnya yang datang dengan bermacam hadiah dan kata-kata galakan.

Meskipun tidak berhenti daripada bidang seni suara, penyanyi pop dan R&B kelahiran Taiping, Perak, itu akur beliau sudah lama berdiam tanpa muncul di acara gah yang turut dihadiri pihak media.

Justeru itu, penglibatan dalam peraduan realiti Gegar Vaganza 5 (GV5) meskipun terkandas di peringkat suku akhir merupakan satu pembuka rezeki dan isyarat agar tidak menyepi lagi.

"Sebenarnya, saya masih menyanyi lagi malah menghasilkan lagu duet bersama Datin Alyah, Mengapa Harus Aku, tahun lalu.

"Mereka yang ikuti akaun media sosial saya akan tahu tentang perkembangan tersebut.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Pada 2011 pula, ada single Jangan Tanya Aku Lagi yang sempat dihasilkan. Cuma mungkin acara yang melibatkan saya tidak melibatkan media. Maka tanpa diuar-uarkan media, ramai yang sangka kerjaya seni saya sudah terhenti," kongsi Farawahida, 33 tahun, ketika ditemui di Hotel Royal Plaza On Scotts, baru-baru ini.

Beliau ke sini atas undangan Singtel TV dan Astro bagi menjayakan persembahan khas bintang GV yang julung-julung kalinya diadakan di Kinex Mall.

Begitu teruja dan terharu dirinya apabila GV memberi ruang buatnya berinteraksi dengan peminat lama dan baru.

"Di lapangan terbang, mereka nak bergambar. Ada yang nangis tanya mengapa saya tersingkir daripada GV5. Ada yang datang beri coklat.

"Saya sudah lama tidak berada di pentas gah seperti GV5 sampaikan nyanyi lagu sendiri boleh tersalah tempo walau yakin menari!

"Apabila melihat peminat bersorak dengan kain rentang yang menampilkan nama saya, berkata-kata dalam hati, 'Ada peminat lagi rupanya... Tak sangka'," dedahnya.

Farawahida yang mula mengambil bahagian dalam peraduan menyanyi seawal usia enam tahun sudah dapat mengandaikan asam garam dan adat pertandingan.

"Saya banyak berterima kasih kepada ayah yang mewariskan bakat menyanyi kepada saya. Ibu pula sentiasa ada di kala saya membina kerjaya nyanyian.

"Saya tak pernah belajar vokal, maka apabila terlibat dalam GV5, saya berusaha bagi dapatkan nasihat peribadi daripada pasukan penerbitan mahupun Datuk Ramli MS selaku pengadil tetap.

"Saya pun ambil guru vokal bagi peraduan ini. Sebabnya, saya nak belajar dan takkan diamkan diri buat tempoh yang panjang lagi," katanya lagi.

Kerana sudah lali dengan adat pertandingan, beliau akur pada rezekinya di GV5 yang terhenti setakat di peringkat suku akhir.

"Saya yakin rezeki tidak pernah salah alamat. Mudah-mudahan, saya akan dapat rezeki lebih baik selepas ini. Kalau semua menang dan layak ke peringkat akhir, itu bukan peraduan.

"Pastinya saya bersyukur peminat tahu saya bangkit semula dan ingin kembali menyanyi secara aktif. Saya akan muncul dengan single baru malah memikirkan kemungkinan menyanyikan irama Malaysia.

"Saya dapat maklum balas yang baik selepas menyanyikan lagu Fauziah Idris, Lagu Rindu Merindu di pentas GV5. Maka, saya akan terus bernafas dalam industri seni," ujarnya dengan nada positif.

Di luar bidang nyanyian, Farawahida, anak keempat dalam keluarga lima beradik perempuan, gemar memasak lauk kampung buat tetamu.

"Saya masak 'campak-campak' sahaja. Pernah masak buat 500 tetamu sewaktu Hari Raya Haji dan sambutan bagi masuk rumah baru. Kalau apa yang saya masak digemari tetamu, itulah nikmat buat saya," tambahnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map