Farhana M. Noor bawa pulang anak dagang ke Singapura
Pelakon-pengacara kembara ke Eropah, China dan Afrika jejaki warga di rantauan dalam siri baru arahan Raihan Halim 'Ramadan Kembali'
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
HIDUP pelakon dan pengacara selamba, Farhana M. Noor, bagaikan pengembara yang tidak mampu lepas daripada mengheret beg pakaian ke mana-mana sejak akhir-akhir ini.
Bintang drama Belah Hati dan Bunga Tanjong itu antara lain dapat merasai nikmat menatap matahari malam di kota Molde, Norway; diselubungi hingar-bingar Shenzhen, China; dan menggigil kesejukan ketika makan di tepi jeti Hamburg, Jerman.