SEDANG kebanyakan artis menggunakan kereta yang selesa untuk pulang ke kampung bagi menyambut Lebaran bersama keluarga, pelakon popular Nur Fasha Sandha Hassan, 33 tahun, memilih menaiki kereta api.
Beliau menggunakan perkhidmatan kereta api berelektrik (ETS) untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis, Khamis lalu, lapor Utusan Malaysia.