Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Fazura jumpa 'Hantu Fazura'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fazura jumpa 'Hantu Fazura'

Aug 16, 2019 | 01:09 PM



PELAKON Nur Fazura mengalami pengalaman menakutkan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak apabila terserempak seorang wanita berpakaian menyerupainya dalam filem itu, dua tahun lalu.



Fazura, 35 tahun, berkata, kejadian berlaku pada jam 3 pagi, sedang beliau dan kru produksi berehat selepas menjalani penggambaran salah satu babak filem itu, menurut laporan MyMetro.



"Ketika sedang duduk bersama kru, mereka menyuruh saya melihat di belakang dan agak terkejut apabila melihat seorang wanita berpakaian menyerupai watak saya dalam filem ini.



"Wanita itu berkebaya putih manakala mukanya tertutup dengan rambutnya yang panjang mengurai dan duduk menghadap saya," katanya.



Fazura berkata, itu adalah pengalaman pertamanya berdepan situasi sedemikian apabila melakonkan watak hantu.



"Sebelum ini saya pernah melakonkan watak hantu dalam filem Kami Histeria, tetapi tidak mengalami sebarang masalah diganggu makhluk halus.



"Mungkin 'benda' itu datang singgah untuk melihat saya melakonkan watak dirinya. Namun, saya bersyukur kami semua tidak mengalami sebarang gangguan atau pun masalah lain," katanya.



Katanya, apabila pulang ke rumah perasaan itu tidak terbawa-bawa dan dia juga tidak mengalami sindrom terkejut atau demam seperti yang biasa dilalui orang lain.



"Alhamdulillah ketika pulang ke rumah saya mula-mula risau juga jika ia ‘mengikut’ saya, malah suami turut berpesan supaya saya membaca ayat Kursi," katanya.



Arahan Glen Goei dan Gavin Yap, set penggambaran Dendam Pontianak terletak di kampung sekitar Selangor dan Perak.



Ia mengikuti kisah pasangan mempelai yang dihantui pengalaman misteri lagi menakutkan, yang kemudiannya menyebabkan mereka terjebak dengan aktiviti pengkhianatan, sihir dan pembunuhan.



Selain Fazura, filem seram itu turut dibintangi Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Namron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din.



Dendam Pontianak dijangka ditayangkan di Singapura pada 29 Ogos, sebelum ditayangkan di Malaysia pada 12 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >