AKTRES Hollywood, Felicity Jones, berkata beliau gemar berlakon di samping 'makhluk asing' seperti dalam filem Rogue One: A Star Wars Story.
Aktres berusia 32 tahun yang memainkan watak Jyn Erso dalam filem tersebut mengakui bahawa beliau menggemari peranan yang diberikan kepadanya - selain berdampingan dengan beberapa 'haiwan' seperti 'monyet bersenjata'.