Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Festival senaman kian diminati... seronok bagaikan acara konsert

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Festival senaman kian diminati... seronok bagaikan acara konsert

May 01, 2019 | 05:30 AM



DALAM dewan yang dihiasi pancaran lampu berwarna-warni, muzik yang rancak dan suasana yang menghiburkan, lebih 1,000 orang turut bergerak aktif menari sambil bersenam mengikuti rentak lagu.



Peserta dari pelbagai negara seperti Canada, Switzerland dan Qatar berada di sini bulan lalu untuk menemui dan bergambar dengan idola mereka yang menggalakkan gaya hidup sihat, dalam dua hari acara Reebok Les Mills Live Singapore.



"Saya kagum melihatkan pembimbing-pembimbing antarabangsa bercampur gaul dan berbual mesra dengan hadirin, merakam gambar dan mereka cukup ramah,'' kata suri rumah, Cik Christina Chuang, yang merujuk kepada pengarah program seperti Gandalf Archer Mills daripada Bodyjam dan Rachael Newsham daripada Newsham.



"Seronok... macam konsert. Saya berasa sangat gembira,'' kata Cik Chuang, 48 tahun, yang merupakan peserta setia bagi program ini.



Festival-festival senaman dan kecergasan kini menjadi pilihan ramai, dipromosikan seperti festival muzik atau acara yang membabitkan selebriti.



Di acara Les Mills di Marina Bay Sands itu, seramai 2,000 orang menyertai senaman bersama.



Para peserta dari Thailand, Australia dan Italy turut hadir.



Satu lagi festival senaman yang diminati ramai ialah FitnessFest anjuran AIA yang disertai sekitar 8.000 orang.



Antara peserta acara itu adalah bintang-bintang senaman media sosial seperti Kelsey Wells dan jurulatih peribadi Malaysia, Jordan Yeoh.



"Ia pasti jadi satu daya tarikan. Kami berikan peserta peluang eksklusif untuk bersenam dengan orang terkenal seperti selebriti, sesuatu yang tidak dapat nikmati di sebuah studio biasa," ujar Cik Tricia Sokolovitch, pengasas dan penganjur FitnessFest.



Acara ini menyediakan pelbagai jenis senaman daripada yoga, pilates, muay thai, calisthenics dan latihan intensiti tinggi (HIIT). Ia juga mempamerkan barangan kesihatan.



Tahun lalu, FitnessFest menjemput Kayla Itsines, pencipta Bikini Body Guide yang mempunyai lebih 11 juta pengikut di laman sosial beliau.



Jumlah peserta semakin ramai setiap tahun. Daripada 2,800 peserta pada tahun pertama ia dilancarkan pada 2017 kepada 5,600 tahun lalu. Selain daripada tarikan aspek selebriti, pelbagai lagi faktor menjadi penyebab sambutan yang baik.



"Di negara maju seperti Singapura, orang ramai semakin sedar pentingnya kesihatan,'' kata Encik Ong Wei Hong, pengarah projek pameran kecergasan actiFIT Asia, yang terletak di tempat yang sama dengan acara Les Mills.



AIA Glow Festival yang akan diadakan pada 25 Mei nanti akan menganjurkan acara campuran yoga, lari, pertunjukan muzik secara langsung dan juga demonstrasi makanan sihat.



Sekitar 10,000 orang dijangka hadir bagi menyertai acara bintang-bintang yoga seperti Marysia Do dan Kaperszak. Artis seperti The Sam Willows dan Rudimental juga akan hadir dalam acara tersebut, kata Cik Ho Lee Yen, ketua pegawai pemasaran dan pelanggan AIA Singapura.



Acara itu akan diadakan di Sentosa dengan ruang acara seluas 17,000 meter persegi atau kira-kira 38 buah gelanggang bola keranjang.



Pada bulan Oktober, Soulscape akan membuat kemunculan semula selepas dua tahun dengan program seperti yoga, pilates dan tambahan kegiatan baru seperti gabungan muzik dan meditasi menggunakan fon kepala noise-cancelling.



Artis-artis tempatan seperti 53A, dan pangasas bersama Yoga Movement, Alicia Pan, akan membuat persembahan.



Pihak penganjur berharap dapat menarik 2,000 peserta untuk acara yang akan diadakan di Sentosa pada 12 dan 13 Oktober.



"Saya ada ramai rakan yang telah melalui perubahan dalam hidup kerana senaman. Keadaan kesihatan mereka juga semakin baik,'' kata Cik Sokolovitch.



Jurulatih peribadi, Cik Gladys Leong, yang sering ke festival senaman tempatan dan di luar negeri berpendapat bahawa acara-acara yang diadakan di sini menuju ke arah yang betul.



"Pasaran di negara yang lain seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat lebih besar apabila dibandingkan dengan Singapura.



"Kerana itu, ekspo senaman di negara mereka boleh bertahan selama seminggu," ujar Cik Leong, 39 tahun.



Meskipun begitu, lebih ramai warga Singapura diyakini akan semakin berminat dengan festival senaman seperti itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >