Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Filem 'Fast & Furious 8' raih hampir $4 juta dalam 4 hari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem 'Fast & Furious 8' raih hampir $4 juta dalam 4 hari

Apr 17, 2017 | 02:02 PM



FILEM aksi 'Fast & Furious 8' mendahului filem-filem lain yang menikmati jumlah tontonan paling tinggi di Singapura tahun ini bagi tayangan box office empat hari pertama.



Ia menewaskan rekod yang sebelum ini dicapai filem Beauty and the Beast.



Filem 'Fast & Furious 8' juga merupakan filem No.1 di dunia bagi hujung minggu lalu di lebih 65 wilayah.



Di Singapura, filem itu meraih $3.97 juta dengan 124 tayangan sejak dibuka pada Khamis lalu (13 Apr) - mengatasinya enam siri filem itu dan diikuti dengan siri ke-7 di belakangnya.



Filem 'Fast & Furious 8' juga merupakan filem kedua terbesar yang dibuka di IMAX, mendahului Jurassic World, dan meraih AS$22.6 juta ($31.5 juta) menerusi 681 tayangan antarabangsa IMAX.



Mengulas tentang kejayaan yang dikecapi, Pengarah Urusan UIP Singapore, Cik Flora Goh, berkata: "Kami begitu gembira dengan hasil box-office. Ia menunjukkan para peminat Fast & Furious memberi sokongan padu dan benar-benar terhibur dengan filem yang menyeronokkan ini. Kami harap mereka akan terus menjadi sebahagian daripada keluarga 'Fast & Furious."



UIP Singapore merupakan syarikat bertanggungjawab bagi tayangan filem 'Fast & Furious' di sini.



Filem bagi siri ke-8 itu kini sedang ditayangkan di panggung wayang IMAX 3D, 3D dan 2D di serata negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >