Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Filem 'ratu cantik' ayam M'sia, Indo cabar kebiasaan masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem 'ratu cantik' ayam M'sia, Indo cabar kebiasaan masyarakat

Jul 14, 2016 | 05:30 AM



SANGGUPKAH anda membayar AS$10,000 ($13,502) bagi membeli seekor ayam? Ayam yang dimaksudkan itu ialah ayam serama yang boleh memenangi 'pertandingan ayam cantik'.



Tertarik dengan pertandingan ayam cantik itu, empat mahasiswi telah pergi ke Kelantan dan Indonesia untuk merakam pertandingan tersebut bagi dokumentari Chicken Beauty Pageant.



Empat mahasiswi itu ialah pengarah Nurul Amirah Haris; penerbit Jessica Novia; penyunting dan pengarah fotografi Eunice Tan; dan penulis skrip dan pereka bunyi Amrit Kaur.



Dokumentari yang dihasilkan bagi projek tahun akhir di Sekolah Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), itu telah dipilih dalam pertandingan Anugerah Filem Belia Kebangsaan (NYFA) 2016.



Karya mereka menerima pencalonan bagi kategori Dokumentari Terbaik dan Suntingan Dokumentari Terbaik.



Menjelaskan idea merakam pertandingan ayam cantik itu, Cik Novia berkata:



"Kami tertarik kepada pertandingan ayam cantik selepas membacanya dalam talian dan kemudian mendapat tahu bahawa jurugambar Ernest Goh juga telah merakam gelagat ayam serama di Malaysia bagi satu pameran gambar.



"Itulah titik permulaan kami menghasilkan dokumentari ini, bagi berkongsi kisah pertandinga ayam cantik yang popular di Malaysia dan Indonesia."



Pertandingan ayam serama itu, sejenis ayam baka, menampilkan 'peserta' ayam yang paling 'cantik'. Malah, mereka mendapat tahu bahawa pembedahan ke atas ayam dilakukan supaya haiwan itu kelihatan 'sempurna'.



"Kategori idaman setiap pemilik ayam serama ialah anugerah 'Raja Kebas Terbaik', yang menentukan bahawa ayam mereka paling cantik," kata Cik Nurul Amirah.



Selain menampilkan keriuhan pertandingan, dokumentari itu boleh dikaitkan dengan tanggapan kecantikan 'sempurna'.



"Siapa yang menentukan apakah ayam atau seseorang manusia itu cantik? Itu yang kami mahu penonton fikirkan," kata Cik Nurul Amirah.



Keterangan lanjut mengenai NYFA boleh didapatkan dengan melayari laman www.scape.sg/nyfa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >