Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Fir, Farhana hargai erti persahabatan dari 'Mat Champion'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fir, Farhana hargai erti persahabatan dari 'Mat Champion'

Jul 11, 2019 | 05:30 AM



BERLAKON pentas sering menjadi cara bagi dua pelakon drama televisyen yang sudah dikenali namanya, Fir Rahman dan Farhana M. Noor, mengasah dan memperkasa lagi kemahiran seni mereka.



Malah, setiap tawaran yang diterima termasuk dalam menjayakan teater kanak-kanak dan remaja seperti Mat Champion baru-baru ini, diteliti dan diterima dengan tangan terbuka.



Mat Champion dipentaskan Teater Ekamatra di ruang seni Creative Cube di Maktab Seni Lasalle hujung minggu lalu. Naskhah pentasnya ditulis oleh Sabrina Annarhar bersama anggota kolektif kreatif yang menggelar diri mereka Zeugma. Zeugma terdiri daripada Zulfadli Rashid dan Safuan Johari.



Diarah aktivis teater Rizman Putra, Mat Champion mengisahkan tentang dua kumpulan musuh ketat - kumpulan budak lelaki yang menggelar diri mereka Mat Champion dan kumpulan budak perempuan Minah Rong Geng. Mereka mengetepikan segala perselisihan faham bagi mencorak diri mereka menjadi adiwira demi mengembalikan jati diri masing-masing.



Ketika dihubungi, Fir, 38 tahun, yang telah melangkahkan kakinya ke Pesta Filem Cannes di Perancis hasil penglibatan dalam filem The Apprentice, berkata:



"Saya senangi peluang berlakon dalam teater kanak-kanak seperti Mat Champion kerana semangat jiwa muda dan tenaga lasak yang diperlukan bagi menghidupkan pementasan ini.



"Mat Champion cukup istimewa kerana inilah kali pertama saya digandingkan di atas pentas bersama pelakon muda lain yang berbakat. Saya pernah berlakon dengan Farhana tetapi dinamismenya berbeza sebab ia merupakan lakonan televisyen. Ini juga kali pertama saya diarah Rizman yang bukan calang-calang dalam cabang seni.



"Sebagai watak Mat Kental, saya perlu melakonkan watak sebagai budak lelaki yang perangainya seperti budak perempuan. Dia tak mampu menyesuaikan dirinya dalam kumpulan budak lelaki dan akhirnya dipinggirkan.''



Fir senangi skrip Mat Champion yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan pesanan agar memelihara jati diri dengan menerima orang lain seadanya dengan keistimewaan masing-masing.



"Kalau sebut tentang kekata champion, saya menganggapnya sebagai satu lambang kejayaan dalam hidup. Kita harus jadi juara dalam membina sikap yang baik bersama keluarga dan teman-teman. Tanpa mengira siapa diri kita, kita juga impikan dan harus bersedia menerima suasana dilayan sama rata,'' kongsinya.



Sebagai yang paling tua dalam barisan pelakon Mat Champion, Fir juga bersyukur kerana dapat memastikan tenaganya untuk berinteraksi dan terkejar ke sana sini di set pementasan memenuhi jangkaan pengarah.



"Memang penat kalau nak difikirkan sebab misi kita adalah menghiburkan kanak-kanak. Namun, saya sukakan pengalaman itu kerana ia mengingatkan tentang pengalaman peribadi membesar seperti Mat Kental yang lembut jiwanya dan pendiam.



"Saya sendiri payah bergaul dan selalu rasa ketinggalan dalam sebuah klik. Namun, sifat pemalu itu sudah dibuang jauh-jauh hari demi hari bagi kemajuan diri saya,'' katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Abang Taxi 2 minggu depan.



Farhana, 28 tahun, yang membawa watak Minah Laser dalam teater ini pula, terhibur membawakan watak si gadis mulut laser yang terlalu jujur dan tajam lidah tatkala berbicara. Ada sahaja idea muncul di fikirannya dalam menghurai masalah.



"Namun, lebih daripada itu, saya senangi nilai-nilai yang diterapkan dalam mengajar kanak-kanak kepentingan menghargai teman-teman sekeliling walaupun mereka berbeza.



"Sepanjang sesi lakonan dan latihan, saya juga menyedari seorang pelakon memerlukan tenaga yang banyak dan stamina bagi meneruskan kerja seninya. Apa tidaknya? Saya diperlukan menyanyi, menari dan berlakon sekali gus. Menjaga kesihatan menjadi satu keutamaan juga sebagai pelakon,'' jelas pelakon drama Belah Hati itu.



Pemilik ijazah seni teater dengan Kepujian Kelas Pertama daripada Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa)-Universiti Essex itu pula menganggap takrifan kekata juara atau champion itu wujud dalam diri setiap orang yang mempunyai sokongan keluarga dan teman.



"Tiada yang lebih bahagia jika kita dikelilingi orang yang menyayangi kita dan beri kita semangat untuk berjaya.



"Walau apa pun, saya seronok menjayakan Mat Champion kerana saya sukakan reaksi kanak-kanak yang jujur. Kalau mereka tidak suka dengan persembahan kami, mereka tak akan beri perhatian mereka dan mula tengok lain.



"Kalau mereka suka, mereka akan tunjukkan dari wajah, sorakan dan tepukan mereka. Mereka akan sibuk beritahu kepada kami tentang watak yang mereka suka. Itulah nikmat menghidupkan teater kanak-kanak,'' ujarnya yang menyifatkan dirinya sama seperti Minah Laser yang cepat membuat keputusan.



"Saya tak tunggu lama-lama. Bezanya, saya cakap beralas, taklah main hembus macam Minah Laser!,'' selorohnya yang kini sedang berlakon dalam drama milenial, KaFe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >