Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Fitree dorong, galak masyarakat peka, pulihara alam sekitar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fitree dorong, galak masyarakat peka, pulihara alam sekitar

Kumpulan tanpa untung jaya beberapa projek dengan kerjasama masjid dan badan lain, galak jemaah prihatin tentang alam
Jul 23, 2019 | 05:30 AM



TIDAK berapa lama dahulu, Cik Farah Hidayati Sanwari dan sekumpulan rakannya bergabung tenaga untuk menambah kesedaran awam tentang alam sekitar dalam konteks Islam.



Kini, enam tahun selepas ia ditubuhkan, Fitree - kumpulan tanpa untung telah menjayakan beberapa projek dengan kerjasama masjid dan badan lain untuk menggalak jemaah bersikap lebih mesra alam.



Ini termasuk menggunakan pinggan mangkuk bukan plastik yang boleh direput bakteria dan tidak menambah sisa tidak boleh dihapus di dunia. Ia juga mengedarkan lencana dan tanda buku yang menyebarkan mesej tentang penjagaan alam sekitar yang berpandukan Al-Quran.



Dihubungi baru-baru ini, Cik Farah, 30 tahun, berkata, sambutan awam yang menggalakkan bagi projek itu tidak disangka, walau tujuan mereka adalah untuk meningkat kesedaran awam tentang amalan mesra alam dalam konteks Islam.



"Kami ingin menunjukkan bahawa menjalani hidup sebagai orang Islam juga perlu merangkumi sikap mesra alam dan kededua aspek kehidupan itu adalah selari, bagi seseorang Muslim," kata Cik Farah.



"Dari sudut itu, kami mencapai sebahagian matlamat (untuk meningkat kesedaran awam), tapi kami juga sedar masih banyak perkara yang perlu dilakukan," ujar Cik Farah.



Usaha bersama Fitree itu rupa-rupanya merintis laluan bagi Cik Farah berkongsi idea amalan mesra alam dengan masyarakat lebih luas, matlamat membara yang mula berputik di benaknya semasa beliau masih memburu ijazah jurusan Rekaan Industri, di Universiti Nasional Singapura (NUS).



"Bagi saya, kursus itu membuka mata saya kepada pelbagai isu yang kita hadapi di dunia. Sebagai seorang pelajar, saya mula menyoal mengapa kita perlu mencipta atau menghasilkan pelbagai barangan baru (yang mungkin menjadi tidak berguna dalam masa yang singkat) jika matlamatnya semata-mata untuk memburu keuntungan," kata Cik Farah yang juga memiliki ijazah sarjana dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Justeru, selepas meninggalkan NUS, Cik Farah menyertai Sustainable Living Lab di mana beliau memulakan tugas sebagai pereka sehingga menjadi pengarah eksekutif pertubuhan privet itu beberapa tahun lalu.



Menurut Cik Farah, kini beliau telah meninggalkan pertubuhan privet yang menawarkan huraian perniagaan berdaya tahan kepada perniagaan itu, untuk memberi lebih tumpuan kepada Fitree dan projek lain.



Namun beliau melahirkan rasa senang hati dengan kejayaan projek 'Repair Kopitiam' yang dimulakannya semasa di Sustainable Living Lab.



Malah, projek itulah antara projek yang diusahakan Cik Farah yang paling menarik perhatian dan membantu beliau memenangi Anugerah RakanEko baru-baru ini.



Anugerah itu, yang diperkenalkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 2007, mengiktiraf individu yang telah menyumbang tenaga bagi usaha mencipta Singapura yang lebih mesra alam dan berdaya tahan, serta boleh menjadi tokoh inspirasi kepada warga lain.



Sejumlah 10 individu menerima anugerah itu tahun ini, daripada senarai 343 individu yang dicalonkan.



Projek yang bertujuan menghapus budaya 'beli dan buang' di Singapura itu kini telah diperluas ke tiga estet perumahan - Ang Mo Kio, Jurong dan Tampines.



Setiap bulan, sekumpulan relawan di kawasan itu akan membantu penduduk memperbaiki barangan mereka secara percuma.



Cik Farah menganggarkan bahawa jumlah sukarelawan yang terlibat dalam projek itu telah meningkat daripada 25 orang sekitar tiga tahun lalu kepada sekitar 300 orang.



Menurut Cik Farah, projek itu menunjukkan bahawa suatu projek yang diusakan sekumpulan individu dan diberikan sokongan yang diperlukan boleh berkembang untuk mendatangkan kesan.



Beliau melahirkan harapan agar lebih banyak pihak memainkan peranan dan memberi sokongan supaya budaya mengkitar semula dan tidak membazir boleh dipupuk dari usial awal.



"Pokoknya, amalan ini perlu dijadikan satu kebiasaan dan usaha individu perlukan kerjasama pihak berkepentingan yang lain," kata beliau.




"Kami ingin menunjukkan bahawa menjalani hidup sebagai orang Islam juga perlu merangkumi sikap mesra alam... Dari sudut itu, kami mencapai sebahagian matlamat (untuk meningkat kesedaran awam), tapi kami juga sedar masih banyak perkara yang perlu dilakukan."
- Cik Farah Hidayati Sanwari, 30 tahun, antara tenaga pengasas Fitree




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >