Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fizo tukar baju anak 10 kali sehari

Jul 06, 2018 | 05:30 AM



PELAKON Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim, menukar baju anak mereka, Wan Maryam, tujuh bulan, lebih 10 kali sehari demi memastikan pakaian bayi yang telah lama dibeli dapat digunakan.



Fizo, yang nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 33 tahun, dalam satu kiriman Instagram awal minggu ini berkata baju-baju itu telah dikumpul sepanjang hampir lima tahun beliau dan isteri berumah tangga.



"Lima tahun lepas masa Daddy dan Mummy bulan madu di Italy teruja sangat nak beli baju bayi. Setiap tempat kami pergi benda yang wajib beli adalah baju bayi.



"Biasalah pasangan yang baru kahwin semuanya teruja nak dapat anak dan selalunya tak tunggu lama nak dapat zuriat.



"Jadi tak hairanlah kalau Mummy dia tukar baju Cik Yam (Wan Maryam) satu hari sampai lebih 10 kali sebab stok baju ini kumpul hampir lima tahun dah," tulisnya.



Menurut laporan akhbar mStar Online, Fizo, yang juga seorang usahawan, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.



Pasangan itu mendapat cahaya mata pada 29 Disember 2017 menerusi rawatan kesuburan.



Fizo menambah, beliau dan isteri tetap yakin membeli baju bayi biarpun belum dikurniakan zuriat sedang perkahwinan mereka memasuki tahun keempat.



Katanya, pelbagai rawatan dan ikhtiar diusahakan dalam tempoh itu tanpa rasa putus asa.



"Hari demi hari menunggu sehinggalah masuk tahun keempat perkahwinan, tak dapat juga zuriat. Macam-macam cara dicuba dan ikhtiar.



"Perasaan saya sangat yakin yang satu hari Allah akan izinkan kami untuk berzuriat. Baju bayi tak payah cakaplah. Yakin aja beli dah macam ada anak ramai aja kat rumah tu.



"Saya tak pernah putus asa atau tertekan dengan soalan 'bila nak dapat anak?' Doa dan terus berdoa, akhirnya Allah izinkan bila Dia tahu kami sudah bersedia untuk jadi ibu bapa," ujarnya.



"Bila tengok Cik Yam pakai baju yang kami 'yakin' aja beli dulu buatkan saya rasa bersyukur dan meraikan kemenangan bersabar yang susah untuk saya terangkan erti kepuasannya," tambah Fizo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >