Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ahli sukan peragawan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ahli sukan peragawan

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



MEREKA telah menempa reputasi unggul dalam sukan yang diceburi masing-masing.



Namun, mereka bukan sahaja ahli sukan yang cemerlang.



Dalam dunia peragaan, mereka juga tidak kurang hebat dan setanding dengan peragawan dan selebriti lain yang memang mencari pendapatan dalam bidang tersebut.



Ahli sukan ini bukan sahaja pernah tampil di pentas pertunjukan fesyen, malah wajah mereka pernah mewarnai iklan di televisyen, majalah dan sebagainya.



Namun, ini tidak menghairankan kerana ahli sukan ini memiliki paras rupa menarik yang sedap dipandang mata serta susuk tubuh yang sering dicemburui kaum Adam dan diidamkan kaum Hawa.



Sebab itulah mereka juga boleh menjadi peragawan terkenal dan mendapat banyak peluang dalam bidang peragaan, menurut majalah Malaysia, Remaja.



Siapakah mereka?



Berikut senarai lima ahli sukan dunia yang bukan sahaja hebat di pentas sukan, malah tidak kurang hebat beraksi dalam dunia peragaan.




Cristiano Ronaldo



Siapa tidak kenal bintang bola sepak dunia ini?



Pemain bola sepak kelahiran Portugal berusia 32 tahun ini terkenal bukan sahaja dengan aksi hebatnya di padang.



Ronaldo juga menerima banyak tawaran menjadi duta serta peragawan jenama terkenal dunia termasuk Nike dan Sacoor.



Beliau juga mempunyai produk jenamanya sendiri, CR7, dan ini mencerminkan minatnya dalam fesyen di luar padang bola sepak.



Fredrik Ljungberg



Walaupun usia pemain bola sepak kelahiran Sweden ini kini mencecah 40 tahun, beliau masih mendapat tawaran menjadi wajah iklan antarabangsa terkemuka termasuk Nike, Procter & Gamble, L'Oreal, Puma, Beats, ESPN dan Pepsi.



Apakan tidak, lihat saja gaya dan badannya yang masih "maintain"!



Hidetoshi Nakata



Ikon bola sepak asal Jepun berusia 40 tahun ini bukan sahaja tinggi, malah kacak dan berbadan sasa yang pastinya menjadi kegilaan ramai wanita.



Jurugambar majalah fesyen lelaki GQ, Andrea Tenerani, pernah berkata: "Nakata sempurna seperti seorang model dan beliau sangat obses tentang fesyen."



Christian Sprenger



Perenang kuak dada kelahiran Australia berusia 31 tahun ini pernah menjadi juara dunia dan memenangi pingat perak di acara Sukan Olimpik.



Namun, dek kecederaan bahu, beliau mengumumkan bersara sebagai perenang profesional tahun lalu.



Beliau juga telah berjinak-jinak dalam dunia fesyen dengan bekerjasama dalam kempen pakaian dalam lelaki di Australia.



Thom Evans



Dilahirkan di Zimbabwe, Afrika, pemain ragbi berusia 32 tahun ini pernah ditawarkan kontrak menjadi peragawan dengan syarikat Select Model Management.



Beliau juga pernah menjadi model bagi jenama D. Hedral dan duta bagi minuman Coca-Cola.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >