Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gambar ESM Goh bercuti di Langkawi cuit hati ramai

Jul 19, 2018 | 05:30 AM



MESKI sedang bercuti di Langkawi, namanya tetap hangat diperbualkan di media sosial.



Manakan tidak! Beberapa gambar yang dimuatnaikkan Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong di luar negara itu mendapat perhatian 'netizen' yang menyifatkannya sebagai lucu.



Isnin lalu, ESM Goh memuatnaikkan empat gambar dirinya 'bersantai' dan 'bergembira seperti seorang kanak-kanak' di laman Facebook beliau, MParader.



Sementara gambar pertama adalah gambar pelancongan biasa dengan latar belakang yang indah, tiga gambar seterusnya membuat 'netizen' terhibur dengan keletah mantan Perdana Menteri itu.



Dalam satu gambarnya, Encik Goh, 77 tahun, di atas sebuah papan luncur sambil berpura-pura mengimbangi badan melawan 'ombak'.



Dalam gambar lain pula, ESM Goh kelihatan 'menggigil' di hadapan satu latar belakang musim sejuk sambil duduk bersebelahan dengan tiga snowman.



Selain itu, beliau juga menunjukkan gambar dirinya seolah-olah berjabat tangan dengan sebuah lukisan gambar Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad yang tergantung di dinding.



ESM Goh turut memuatnaikkan tiga lagi gambar pada hari Selasa lalu.



Salah satu daripadanya menunjukkan beliau 'terperangkap' di dalam sebuah botol di lautan yang luas.



Gambar-gambar ESM Goh bercuti telah menghiburkan kebanyakan daripada 24,000 pengikut Facebooknya.



Seorang pengguna Facebook, Cik Sharon Tay, berkata:



"ESM Goh, anda sangat lucu! Rahsia untuk kekal muda selama-lamanya.''



Pengguna Cik Fabbie Chew pula mengulas bahawa gambar-gambar itu 'sangat comel' dan membuatnya tertawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >