Gandingan serasi Khai Bahar, Habibah Othman, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Gandingan serasi Khai Bahar, Habibah Othman

Jul 10, 2018 | 05:30 AM

RASA gementar masih menyelubungi jiwa penyanyi utama kumpulan nasyid legenda Al-Jawaher Habibah Othman.

Walaupun sudah puluhan tahun lamanya membuat persembahan malah suaranya dinantikan pada musim Lebaran dek penangan lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda, beliau tetap bimbang suaranya tidak memenuhi jangkaan ramai.

Dalam keadaan suaranya serak kerana batuk Jumaat lalu, Habibah tetap memberi yang terbaik ketika menyanyikan lagu Hari Raya itu di acara Sinar Lebaran 2018 di Village Hotel Katong.

Selain mendendangkan lagu Mohon Padanya Sujud Padanya, Habibah mewujudkan suasana magis ketika berpadu suara dengan bintang muda popular Khai Bahar.

Mereka menyanyikan lagu lama Habibah bersama Datuk M. Nasir, Perjalanan 2, secara spontan.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Khai, yang terkenal dengan lagu Luluh dan Bayang, memanggil Habibah dengan gelaran 'Mummy Bibah' dan terharu dapat berduet dengan 'orang lama'.

Boleh dikatakan Sinar Lebaran 2018, anjuran sekumpulan kawan yang menggelar diri mereka MakMok Productions dengan sokongan An Nur Travel, berjalan lancar.

Gelak tawa sekitar 150 penonton kedengaran sepanjang acara hampir tiga jam itu dek gelagat pengacara Khairudin Samsudin.

Khairudin, yang berseloroh dengan menggelarkan dirinya 'Khai Jalan Bahar' (berbanding Khai Bahar), seperti biasa membuat ramai tidak kering gusi.

"Kalau Khai Bahar, orang tepuk kuat... Khai Jalan Bahar, tenang sahaja di hujung sana," katanya.

Penulis menyifatkan majlis perjumpaan yang diusahakan MakMok Productions - terdiri daripada Zahid Ali, Andree Iskandar, Marzila Halim, Sasya Foxx dan Zainab Idris - antara yang terbaik pernah dihadiri. Masing-masing mempunyai kerjaya sendiri tetapi bersatu hati setiap Raya bagi menganjurkan acara buat pencinta hiburan dan kelab peminat artis tertentu.

Ini tahun ketiga Sinar Lebaran diadakan MakMok Productions, dengan beberapa acara lain turut dianjurkan bagi memenuhi selera pengamat dunia hiburan.

Formula gandingan artis lama dan baru tidak pernah dilupakan. Kali ini, selain Khai, Irfan Haris dan Sufi Rashid diketengahkan.

'Rocker' Lan Solo, yang membina kerjaya selepas keluar daripada kumpulan Kristal dan muncul sebagai pemenang ketiga Gegar Vaganza 4, membuat seisi dewan bergema dengan rok malar segar.

Artis pula memberi yang terbaik dalam melantunkan lagu yang jarang mereka bawa. Kebanyakan masanya, lagu didendangkan secara spontan tanpa latihan awal.

Penutup tirai ialah sanjungan kepada irama 1960-an pop yeh-yeh.

Kenanganku, Oh Fatimah, Hidup Bersama dan Tak Mengapa berkumandang penuh ceria sebagai buah tangan artis buat hadirin.

Zahid selaku pegawai kewangan dan pemasaran MakMok Productions berkata:

"Awalnya, kami bimbang acara ini tidak dapat diteruskan apabila pihak pengurusan artis yang ingin diundang tidak memberi jawapan dan pengesahan.

"Saya bersyukur semuanya berjalan lancar. Orang ramai terhibur dengan kespontanan artis menyanyikan lagu yang mereka tak pernah cuba sebelum ini."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map