Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MENJELANG SYAWAL

Gaya dahulu sumber ilham fesyen masa kini

Jun 14, 2018 | 05:30 AM



DARI kecil saya dibesarkan untuk tidak menangguh-nangguhkan tugas yang penting.



Itu termasuk kerja sekolah, kerja rumah dan juga tempahan ataupun pembelian baju kurung buat tahun tersebut.



Saya bernasib baik bahawa baju kurung saya yang bewarna merah jambu sudah pun tergantung di almari.



Saya tidak perlu menggigit jari memikir dan mencari lagi kerana baju sempurna buat tahun ini sudah pun saya miliki.



Namun mungkin buat tahun-tahun akan datang, saya ditenggelami tanggungjawab pekerjaan dan betul-betul tidak mempunyai masa untuk membeli pakaian Hari Raya.



Apabila rakan saya meminta saya menjadi 'model' bagi artikelnya mengenai gerai-gerai manakah yang kaum hawa boleh mendapatkan baju kurung untuk digayakan pada saat-saat terakhir sebelum tibanya syawal, saya setuju.



Walaupun baju kurung yang telah saya beli agak simple, gaya masa kini bukanlah sedemikian.



Dari media sosial dan apa yang saya perhatikan di pasaran, corak batik ataupun corak bunga-bunga pada pakaian dengan rekaan 'peplum' dan bergaya dengan lengan 'bell' merupakan gaya masa kini.



Gerai pertama yang kami tuju kebetulan menjual fesyen pakaian sedemikian.



'UNIQUE by Salwah Abdat' yang terletak di khemah berhawa dingin di bazar Geylang Serai memaparkan baju kurung masa kini dengan sentuhan vintaj.



Melihatnya, saya dengan segera tertarik kepada salah satu pakaian yang disarungkan pada patung paparan mereka.



Pakaian tersebut termasuk baju serta sarung batik.



Bajunya mempunyai kain yang tipis dan saya tidak berasa panas ketika memakainya.



Ia dipasangkan dengan sarung batik berwarna merah jambu yang memberi pakaian tersebut sentuhan zaman silam dan moden.



Walaupun bercorak batik, warnanya yang cerah membuat baju kurung tersebut sesuai untuk remaja perempuan.



Bahagian atas serta bawah masing-masing berharga $38 dan saya rasa ia amat berpatutan.



Baju kurung bercorak bunga dengan rekaan 'peplum' juga antara gaya masa kini dan gerai Alia Anggun yang terletak di bazar Geylang di luar pusat City Plaza menyediakan baju kurung sedemikian.



Ia selesa dipakai dan saya rasa ia sesuai untuk pelbagai jenis majlis, bukan sahaja boleh dipakai pada masa Hari Raya.



Saya berasa yang saya kelihatan anggun apabila memakai pakaian sedemikian. Keselesaannya amat terasa.



Pakaian seperti itu dan banyak lagi fesyen menarik dijual di gerai tersebut.



Saya juga dapat melihat bagaimana fesyen-fesyen pakaian yang dijual sesuai dikenakan apabila anda ke majlis-majlis mewah.



Menurut pemilik Alia Anggun, pihaknya bakal membuka gerai tetap di pusat membeli-belah Tampines tidak lama lagi dan saya tidak sabar untuk mengunjungi gerai tersebut. Ia amat mudah bagi seseorang yang tinggal di daerah timur Singapura seperti saya.



Harga pakaiannya juga amat berpatutan, dari $109 ke $179, bergantung kepada corak, warna dan kualiti bahannya.



Baju kurung moden yang diberi sentuhan masa lalu pula adalah antara salah satu fesyen kegemaran saya.



Afrilia Closet merupakan salah satu gerai yang mempengaruhi gaya fesyen kaum hawa tertutamanya golongan remaja.



Bermula dari online dan kini mengadakan gerai pertamanya di Our Tampines Hub, ia menyediakan pelbagai jenis gaya dan corak tetapi yang paling saya minati adalah baju batik yang dinamakan Bareo.



Coraknya membuat saya mengimbas kembali ke filem-filem P. Ramlee yang pernah saya tonton semasa saya kecil.



Pakaiannya termasuk dua bahagian, atas dan bawah, justeru ia amat mudah dipakai dan dibuka.



Afrilia Closet juga akan mengadakan promosi harga rendah menjelang Syawal ini.



Baju kurung yang dijual berharga antara $75 hingga $95, tetapi bagi kedua-dua hari terakhir Ramadan, dua pasang pakaian (dari sebarang koleksi) dijual pada harga $120.



Promosi tersebut boleh didapati di gerai yang terletak di Our Tampines Hub pada hari Rabu.



Promosi akan diteruskan di laman web mereka pada hari ini.



Pakaian yang dibeli menerusi online boleh didapati pada hari itu juga kerana pos dihantar secara ekspres.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >