Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Gemar beriani? Jika begitu, gantikan dengan quinoa agar beriani lebih sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MAKANAN SIHAT

Gemar beriani? Jika begitu, gantikan dengan quinoa agar beriani lebih sihat

Dec 17, 2018 | 05:30 AM



BERIANI adalah antara makanan setempat yang digemari ramai. Namun ia mengandungi kadar lemak yang tinggi dan perlu dielak jika anda berhasrat mengurangkan berat badan.



Bagaimanapun, apa kata anda jika saya katakan ada untuk menikmati beriani setiap minggu tanpa berasa bersalah?



Satu cara adalah dengan menggantikan bahan utama, iaitu nasi putih dan daging atau ayam, dengan quinoa - sejens bijirin berkanji dari Amerika Selatan - dan kacang dal.



Nasi putih ialah kanji yang telah ditapis (refined) dan mempunyai indeks glycemic tinggi. Secara kasar, indeks ini menunjukkan kesan kandungan karbohidrat pada kadar glukos (gula) dalam darah. Angka lebih tinggi mencadangkan makanan yang boleh menyebabkan kadar glukos melonjak dan ia tidak begitu baik untuk seseorang yang ingin mengurangkan berat badan.



Sebaliknya, quinoa tinggi dengan protein dan kaya serat.



Secawan nasi putih mengandungi sekitar 40 kalori tambahan berbanding secawan quinoa. Nasi putih juga mengandungi 15 kali ganda jumlah karbohidrat yang dikandungi quinoa. Sebaliknya, quinoa mempunyai 5 gram lebih serat dan seganda lebih tinggi protein berbanding nasi putih.



Ini bermakna, quinoa bukan hanya membantu anda mengurangkan kalori, malah membuat anda rasa kenyang, mendorong anda mengurangkan pengambilan makanan.



Anda juga boleh menggantikan daging atau ayam dengan pilihan sayur-sayuran kaya protein seperti dal, kekacang, bijan dan oats.



Satu kelebihan menggantikan daging dengan sayur-sayuran sekurang-kurangnnya sekali seminggu ialah menambah kesihatan jantung dan mengurangkan risiko diabetes.



Protein dari sayur-sayuran kurang kalori, lemak tepu dan kolesterol. Ia juga kaya dengan serat.



Anda juga boleh memilih sayur-sayuran yang berwarna-warni secara harian. Sayur-sayuran warna berbeza mengandungi khasiat berbeza.



  • Nurul Salimee, 32 tahun, ialah jurulatih yoga dan ketua pemulihan di 1-Habit, syarikat khidmat bimbingan gaya hidup dan mengurangkan berat badan secara berkekalan. Beliau juga menawarkan sesi uji cuba percuma bagi kelas yoga.

Daftar di laman https://1habit.co/free-trial. Anda juga boleh mengajukan soalan kepada Nurul menerusi e-emel ke alamat nurul@1habit.co jika mengalami kejang otot, masalah sendi atau isu bahagian tubuh lain. Ikuti beliau @nooryogasg di Instagram.




RESIPI



Beriani Quinoa dan Dal



Hidangan untuk empat orang



BAHAN A



½ cawan kacang dal (rendam 30 minit, sebelum dicuci dan ditos airnya)

½ cawan quinoa (saya gunakan jenis tiga warna, cuci dan toskan airnya)

4 liter air



BAHAN B



1 sudu besar minyak sapi

1 sudu kecil jintan putih

½ sudu kecil biji sawi



BAHAN C



6 biji bawang kecil, dihiris tipis

1 batang kayu manis

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang



BAHAN D



2 inci halia, diparut

2 ulas bawang putih, dicencang

2 biji cili merah

6 tangkai daun kari

1 sudu besar serbuk kari

½ serbuk kunyit

½ sudu kecil lada hitam

½ sudu besar garam

½ sudu kecil serbuk lada



BAHAN E



2 sudu besar perahan asam

450 gram tomato dalam tin (dipotong)

1 sudu besar mentega kacang gajus, atau kacang gajus yang ditumbuk

½ sudu kecil madu



Sayur-sayuran



1 biji terung besar

Segengam kacang buncis



CARA MEMASAK



1. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan campurkan baki Bahan B.



2. Campurkan Bahan C, masak selama seminit.



3. Masukkan Bahan D, masak sehingga wangi.



4. Campurkan Bahan E dan masak selama lima minit.



5. Masukkan sayur-sayuran.



6. Masukkan kandungan kuali ini dan Bahan A ke dalam periuk nasi dan masak selama 20 minit.



7. Gaul nasi beberapa kali dan tambah air jika terlalu keras.



8. Tambah sedikit garam jika perlu.



9. Hidangkan beriani sihat dan enak ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >