Dari kejauhan Singapura, pelajar di Sekolah Reka Bentuk dan Sekitaran, Politeknik Ngee Ann (NP), mungkin hanya dapat membayangkan kekurangan prasarana yang dihadapi penduduk desa terpencil sekitar Indonesia. Namun, berbekalkan kemahiran melakar seni bina, mereka berpeluang ke desa terpencil sekitar Lombok dan Bandung di Indonesia bagi membina tadika, perpustakaan dan taman permainan. Semua ini dapat dilaksanakan dengan bantuan pusat rekaan dan kajian etc.lab di NP yang memperkasa masyarakat di luar Singapura di samping mengusahakan projek yang membawa kesan dan perubahan dalam hidup mereka. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
MASYARAKAT desa terpencil sekitar Lombok, Indonesia, yang ditemui Cik Nurul Adillah Anwar beberapa kali dalam kunjungan kemasyarakatannya sejak 2014 mungkin serba kekurangan dari segi kewangan dan kemudahan harian.