Genggam diploma bersama anak yang dianggap rakan berbincang
May 21, 2019 | 05:30 AM
IJAZAH Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Arcadia di Pennsylvania, Amerika Syarikat, sudah dalam genggaman Encik Hamir Osman.
Namun, pengurus kanan projek teknologi maklumat itu begitu cenderung menimba ilmu baru dalam keselamatan siber yang dirasakan sangat diperlukan karyawan di Singapura.