Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Gerak tradisional dan moden digabung dalam pentas Ilsa Tari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gerak tradisional dan moden digabung dalam pentas Ilsa Tari

Oct 07, 2017 | 05:30 AM



SEMANGAT gotong-royong adalah antara kekuatan masyarakat Melayu sejak dulu.



Namun, apakah semangat itu masih dapat dinyalakan dalam konteks kehidupan yang terlalu mengejar kemajuan dan kebendaan, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di bandar?



Persoalan inilah antara yang digambarkan dalam teater tari oleh kumpulan penari Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS), Ilsa Tari, dalam pementasan bertajuk 'Tenunan Wirama: Teraduknya Nada, Tersulamnya Melayu'.



Menurut pengarah artistik Osman Abdul Hamid, tarian yang dipersembah merupakan percubaan Ilsa mahu mengharmonikan kededua gerak tari tradisional dan kontemporari dalam gelanggang yang sama tanpa dipecahkan segmennya.



Keharmonian itu diharap dapat memaparkan keseimbangan antara amalan bergotong-royong dalam kehidupan masyarakat, diulit dengan sikap berbudi pekerti dengan gerak kontemporari yang menggambarkan kemodenan dan perlunya selari dengan kehidupan masa kini, kata Encik Osman.



Falsafah tarian itu digambarkan antara lain menerusi wayang kulit, lantunan puisi dan pantun serta arca seni berbilang bentuk untuk diterokai para penari.



Interaksi penari dengan bahan-bahan seni tersebut merupakan lambang hubungan antara jiwa manusia dengan masyarakat, baik dalam aspek tradisional mahupun kontemporari.



Selain gerak tari, muzik persembahan seniman Indonesia, Anggara Satria, dijangka menyuntik bunyian unik yang beremosi dalam pementasan itu.



Pementasan diadakan pada 10 dan 11 Oktober ini mulai 8 malam di The Black Box, Goodman Arts Centre.



Tempahan tiket boleh dibuat menerusi e-mel ilsatari@gmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >