KERJA memetik gambar menjadi seronok apabila si jurugambar sekali gus dapat menikmati irama muzik yang berkumandang.
Dua pemuda, Encik Muhammad Danial Halim Mohd, 25 tahun, dan Encik Muhammad Syazwan Kamsani, 23 tahun, ghairah menantikan detik merakamkan persembahan band yang bakal beraksi di Pesta Muzik Baybeats 2014.