SEJAK kecil, Cik Nur Sabrina Mohamed Yusoff gemar berinteraksi dan memerhatikan tingkah laku mereka. Justeru, tidak menghairankan apabila beliau memutuskan mahu memburu ilmu psikologi.
Cik Nur Sabrina antara 73 individu yang menerima Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini. Majlis penyampaian biasiswa diadakan di Hotel Grand Copthorne Waterfront semalam.