SEMANGAT Armand Maulana dari kumpulan pop rok Indonesia, Gigi, tidak pudar, meskipun jumlah penonton yang mengisi ruang Dewan Konsert Esplanade tempoh hari tidak seramai yang dijangka.
"Soraklah, pekiklah...bayangkan ada 2,500 orang dalam panggung ini," selorohnya diiringi derai tawa peminat setia yang nampaknya tidak sabar menanti lagu 'hit' Gigi berkumandang.