Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Gula darah terlalu rendah punca pesakit kencing manis berpeluh, gigil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gula darah terlalu rendah punca pesakit kencing manis berpeluh, gigil

Aug 15, 2018 | 05:30 AM



BERPELUH, menggigil dan rasa cemas - inilah antara tanda yang menunjukkan bahawa kadar gula darah seseorang yang menghidap kencing manis itu, turun terlalu rendah.



Ia juga tanda amaran agar seseorang itu cepat makan sesuatu yang mengandungi gula untuk menghentikan penurunan itu.



Bagi sesetengah orang, kadar glukos darahnya akan terus menurun ke satu peringkat di mana fungsi otak akan berhenti, dan individu itu akan pengsan atau koma.



Sekiranya tiada apa dilakukan untuk merawat kadar glukos yang rendah ini yang dikenali sebagai hypoglycaemia, pesakit mungkin boleh mati.



Kegagalan mengesan hypoglycaemia - yang dikenali sebagai impaired awareness of hypoglycaemia (IAH) - telah diaporkan dalam kalangan pesakit kencing manis jenis satu, tetapi tidak banyak kajian dijalankan ke atas mereka yang menghidap kencing manis jenis dua.



Bagi sekumpulan pakar endokrinologi di Hospital Besar Singapura (SGH), ini merupakan satu kebimbangan memandangkan semakin ramai di Singapura disahkan dengan penyakit itu.



"IAH seumpama ketidakmampuan seseorang melihat sebuah kereta menuju ke arahnya meskipun pemandu membunyikan hon keretanya.



"Apabila beliau mula menyedarinya, ia sudah terlewat," kata Konsultan Kanan Jabatan Endokrinologi, SGH, Dr Teh Ming Ming.



"Kita perlu tahu sekiranya IAH biasa berlaku ke atas pesakit yang mengalami kencing manis jenis dua menggunakan insulin, dan mengenal pasti mereka yang berisiko agar pesakit boleh mengelakkan diri daripada meletakkan diri mereka dalam situasi yang membahayakan."



Bagi mengesan prevalen IAH dalam kalangan pesakit kencing manis jenis dua, sebuah pasukan pimpinan Dr Teh mengkaji lebih 370 pesakit yang menghadiri Pusat Kencing Manis dan Metabolisme SGH antara Ogos dengan Disember 2015.



Kajian itu mengajukan senarai soalan meliputi tiga kaedah piawai bagi menilai kesedaran mengenai hypoglacaemia ke atas pesakit, yang berusia sekitar 58 tahun, dan telah menghidap kencing manis selama lebih 17 tahun, selain bergantung kepada insulin selama enam tahun.



Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara 10 dengan 33 peratus pesakit menghidap IAH, berbanding 24 dengan 63 peratus bagi pesakit kencing manis jenis satu.



Sekitar tujuh peratus peserta kajian itu juga didapati mengalami satu episod hypoglycaemia yang teruk pada tahun itu sebelum didaftarkan untuk kajian tersebut, dengan pesakit yang menghidap IAH lebih berkemungkinan mengalami hypoglycaemia teruk berbanding pesakit bukan IAH.



Apa yng menyebabkan IAH dalam kencing manis jenis dua tidak begitu jelas, tetapi hypoglycaemia teruk yang berulang seolah-olah tidak atau kurang beri petanda saban masa, katanya.



"Kunci utamanya ialah untuk menghentikan lingkaran ganas ini - elakkan hypoglucaemia - seringkas empat minggu boleh memberi kebaikan," kata Dr Teh.



Pesakit yang dapati kadar gula mereka biasanya terlalu rendah, patut memberitahu doktor mereka.



Dapatan kajian itu telah diterbitkan dalam Jurnal Kemajuan Terapeutik dalam Endokrinologi dan Metabolisme, tahun lalu.



  • Artikel dipetik daripada risalah Singapore Health.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >