Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Guru silat tukar haluan jadi deejay

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Guru silat tukar haluan jadi deejay

Oct 23, 2019 | 05:30 AM



SETELAH selesa mengacara rancangan infohiburan Manja di televisyen sambil mengajar silat, bakat tempatan Fadli Kamsani tidak pernah membayangkan kehidupannya sebagai deejay radio.



Beliau yang dikesan menerusi peraduan pencarian bakat baru Anugerah awalnya khuatir personalitinya tidak menepati tuntutan stesen radio buat golongan mapan Warna 942FM.



Hati pemuda berusia 26 tahun itu malah berbelah bahagi menerima tawaran bekerja yang disampaikan menerusi e-mel pihak pengurusan stesen sebanyak tiga kali.



Namun, setelah mendengar nasihat ibunya yang merasakan peluang keemasan menggarap kemahiran penyiaran tidak selalu datang, Fadli menerima lamaran tersebut dengan keinginan memperhalusi pertuturan bahasa Melayunya.



Beliau kini diberi amanah mengendalikan segmen Warna Malam antara 9 malam dengan 12 tengah malam.



Ketika ditemui di Kampus Mediacorp baru-baru ini, beliau yang pernah mengacara rancangan kanak-kanak Misi Wira Bahasa, berkata:



"Terus terang saya katakan, saya tidak melihat peluang mengendalikan rancangan di corong radio akan saya raih. Sebelum ini, saya banyak menjalankan kerja bebas dalam bidang seni mahupun mengajar silat.



"Lagi pun, sebagai anak muda 20-an tahun, saya tidak pasti ciri-ciri yang ada pada diri saya mahupun penyampaian saya itu sesuai dengan tuntutan stesen Warna. Namun, saya memang tiada masalah berurusan dengan golongan lebih berusia.



"Banyak perkara pula berlaku ketika tawaran ini datang. Saya baru sahaja bertunang. Saya juga mencari pekerjaan dengan pendapatan mantap. Ibu pula berpesan kepada saya agar tidak sia-siakan peluang ini. Kalau sampai tiga kali dapat tawaran dalam e-mel, jangan tolak kerana ia mungkin tidak datang lagi."



Fadli juga akur ada teman-teman yang khuatir apabila beliau beralih sebagai deejay radio, tumpuan asalnya dalam bidang pengacaraan televisyen akan terjejas.



"Saya akui sepanjang lapan bulan ini, saya benar-benar bertungkus-lumus... tak pernah rasanya bekerja gigih seperti ini.



"Walaupun bermula dari bawah, setiap hari itu adalah peluang bagi saya menimba ilmu dan melancarkan penyampaian saya dalam bahasa Melayu.



"Saya tidak merasakan diri saya bagus. Saya masih dahagakan ilmu dalam bidang deejay mahupun pengacaraan dengan harapan saya akan kekal relevan dalam dunia hiburan," katanya lagi.



Fadli yang mempunyai latar belakang pengajian kejuruteraan di politeknik lebih bersyukur sebab meskipun beliau bukan pelajar jurusan seni dan hanya terdedah pada seni memalu kompang, bersilat dan menari, bidang seni dapat dijadikan kerjaya.



"Saya belajar mengurus masa saya dengan baik dan memanfaatkan pemikiran kritis dalam menghasilkan skrip penyampaian di radio.



"Antara yang perlu saya lakukan dalam segmen Warna Malam adalah keudarakan masalah yang dikongsi pendengar buat pendengar lain memberi nasihat atau bersembang mengenainya. Kespontanan amat diperlukan dalam tugas saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >