PELAKON popular yang pernah memenangi anugerah Oscar, Gwyneth Paltrow, mengumumkan perpisahannya dengan suami, Chris Martin, kelmarin.
Menurut laporan agensi berita AFP, Martin, yang juga penyanyi utama kumpulan Coldplay, dan Paltrow telah berumah tangga selama 11 tahun. Mereka mempunyai dua anak - seorang anak perempuan, Apple, yang berusia sembilan tahun dan anak lelaki, Moses, yang berusia tujuh tahun.