Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Hady akhiri zaman bujang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Hady akhiri zaman bujang

Nazri Hadi Saparin
Mar 02, 2014 | 02:27 PM

PENYANYI popular setempat, Hady Mirza, sudah mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang wanita yang berasal dari seberang Tambak.

Majlis perkahwinan beliau itu dikatakan diadakan di Pontian, Johor.

Sumber-sumber yang dekat dengan penyanyi itu mengesahkan pernikahan tersebut.

Hady, yang sedang 'bercuti' dari bidang nyanyian untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan belia dan keagamaan, dikatakan melangsungkan majlis pernikahannya itu secara kecil-kecilan.

"Sebenarnya Hady nak adakan majlis kecil-kecilan, sebab itu tak beritahu ramai orang. Tapi sekarang 'satu kampong' dah tahu," kata sumber tersebut.

Berita Harian difahamkan isteri beliau berasal dari Pontian.

Dalam laporan Berita Minggu (BM) Disember lalu, bekas pemenang pertandingan Singapore Idol dan Asian Idol itu menerangkan beliau mahu berehat dari kerjaya hiburannya untuk memberi tumpuan kepada kumpulan belia FRHM - yang dipeloporinya bersama tokoh agama setempat, Ustaz Fahrur Razi Kiayi Kassim.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3