Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Hady cetus fenomena dua minggu berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hady cetus fenomena dua minggu berturut-turut

Nov 26, 2019 | 05:30 AM



Kejutan pasti ada dalam sesebuah rancangan realiti popular sehingga membuatkan penonton dipanah rasa terkejut. Jika ramai menjangkakan Gegar Vaganza 6 (GV6) akan melabuhkan tirainya di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad ini, ternyata pihak Astro selaku penganjur melanjutkannya hingga 22 Disember ini. Apakah sebabnya? Bagaimana respons penonton? Bagaimana pula persiapan bintang Singapura, Hady Mirza, bagi minggu-minggu susulan GV6? Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.



DAYA tarikan bakat tempatan, Hady Mirza, yang menyandang gelaran Idola Asia dan Idola Singapura sebelum ini memang tidak dapat disangkal.



Beliau kembali mencetus fenomena di pentas Gegar Vaganza (GV6) lebih-lebih lagi setelah menduduki tempat pertama bagi dua minggu berturut-turut.



Minggu lalu, lagu popular penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng, Cinta Luar Biasa, begitu hidup dengan kelembutan suara Hady.



Kelmarin, sejurus bintang berusia 39 tahun itu tamat menyanyikan lagu 'Budak Baru Nak Up' (BBNU), Haqiem Rusli, Jatuh Bangun, dengan menari ligat, beliau menerima tepukan gemuruh daripada penonton.



Dua pengadil, Hetty Koes Endang dan Datuk Aznil Nawawi, yang begitu terhibur malah sempat memberi tepukan tanda sanjungan sambil berdiri dari tempat duduk mereka.



"Awak bukannya muda sangat. Dah hampir 40 tahun, tetapi lebih bertenaga daripada BBNU. Kalau malam ini peringkat akhir, awaklah juara Gegar Vaganza 6," ujar Aznil yang hadir sebagai pengadil jemputan.



Hetty pula memuji kemantapan suara Hady yang mencapai klimaks yang menyegarkan dengan lontaran rap cukup teratur.



"Yang penting anda nampak selesa dan terhibur di pentas itu menghiburkan kami semua," jelas Hetty, penyanyi veteran yang meneliti setiap aspek persembahan.



Markah 84 peratus diraih Hady, pelantun lagu Angkasa itu dengan saingan terdekat merupakan Naqiu Boboy di tempat kedua dengan markah 83 peratus.



Ketika dihubungi semalam, Hady menghargai pengalaman di GV dengan banyak persahabatan terbina dengan rakan-rakan seni dan kru penerbitan di Malaysia.



"Saya begitu teruja dan berterima kasih dengan setiap peluang yang diberi bagi saya terus bertanding dalam peraduan ini.



"Saya juga tiada masalah, malah bersyukur apabila ia dilanjutkan sampai minggu ke-11 pada penghujung Disember kelak.



"Sebabnya, kalau ia berakhir hujung minggu ini, saya terasa macam terlalu awal dan sedih untuk mengucapkan 'Selamat tinggal' kepada GV6.



"Buat masa ini, saya terhibur berada di pentas dan menikmati setiap pengalaman berharga menyanyi buat ramai," katanya.



Beliau menyifatkan bahagian rap dalam lagu Jatuh Bangun sebagai yang paling mencabar.



"BBNU sukakan rap dalam lagu mereka. Saya boleh berdendang rap tetapi saya bukanlah seorang 'rapper'.



"Dalam masa singkat yang diberi, memang payah menguasai rap, tetapi rasanya bolehlah tahan," katanya lagi.



Dalam beliau merasakan masih banyak ruang baginya memperbaiki diri, Hady menegaskan beliau di pentas GV6 bukan bagi bersaing dengan peserta lain seperti Naqiu yang sering disebut-sebut sebagai saingan terdekatnya.



"Saya hanya bersaing dengan diri saya sendiri serta cuba keluar daripada keselesaan peribadi tatkala menyanyi. Sejauh ini, saya gembira dengan persembahan saya dan ingin memperbaiki lagi mutunya.



"Apa yang boleh saya katakan, penyokong Singapura memang memberi saya galakan luar biasa.



"Namun, saya juga tidak akan melupakan penyokong Malaysia. Secara menyeluruh, saya berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberikan penghargaan tanpa mengira dari negara mana mereka datang," tambahnya yang akan menyanyikan lagu Malaikat (dendangan asal Hazama), Ahad ini.




"Saya hanya bersaing dengan diri saya sendiri serta cuba keluar daripada keselesaan peribadi tatkala menyanyi. Sejauh ini, saya gembira dengan persembahan saya dan ingin memperbaiki lagi mutunya. Apa yang boleh saya katakan, penyokong Singapura memang memberi saya galakan luar biasa."
- Hady Mirza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >