Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Hady Mirza: Ibu peminat 'Nombor 1'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hady Mirza: Ibu peminat 'Nombor 1'

Apr 28, 2019 | 05:30 AM



DARI dahulu hingga sekarang, Idola Asia, Hady Mirza, menyifatkan ibunya, Cik Mardiana Ahmad, sebagai peminat 'Nombor 1'-nya yang tidak putus-putus menyokong kerjaya seni dan perniagaannya.



Masih terpahat dalam ingatan Hady, 39 tahun, betapa Cik Mardiana, 62 tahun, menghimpunkan lautan peminatnya dan mengusahakan kain rentang dan poster bagi menyokongnya dalam peraduan realiti Singapore Idol 2.



Dalam pertemuan di Esplanade baru-baru ini, Hady sempat berseloroh mengenai ibunya:



"Daripada usia belasan tahun, apabila saya berjinak-jinak menyanyi, ibulah tulang belakang saya yang tidak pernah menghalang minat saya dalam bidang seni.



"Sampaikan sekarang, kala saya dah besar panjang dan sudah bergelar suami pun, ibu masih prihatin tentang penampilan saya khususnya ketika menjalani wawancara media.



"Saya akan dapatkan pandangannya, 'Rambut saya okay tak bu?' Beliau bantu dandankan wajah saya pada hari-hari saya rasa muka saya ni macam kurang tampan!



"Pendek kata, saya dan kakak lebih memerlukan ibu daripada ibu memerlukan kami."



Hady yang baru-baru ini kembali menyanyi secara aktif selepas beberapa tahun berehat bagi mencuba bidang niaga dan motivasi belia cukup teruja diundang Esplanade bagi persembahan sempena Hari Ibu, Khas Untukmu Ibu, pada 11 Mei ini.



Beliau juga bersyukur rezekinya dalam bidang nyanyian bertambah dari hari ke hari dengan undangan bagi menyerikan beberapa acara awam.



"Sewaktu saya terlibat dalam persembahan kembalinya saya dalam dunia nyanyian iaitu Konsert Dadah Itu Haram di Kampung Admiralty, sambutannya luar biasa.



"Kini, saya nantikan peluang nyanyi lagu-lagu malar segar.



"Pastinya antara perkara yang menggembirakan saya adalah tatkala bergabung dengan Jeff Catz. Tak pernah dibuat sebelum ini. Kami akan duet lagu M. Nasir, Bonda. Kebetulan, kami berdua pernah membawa kemenangan buat Singapura pada peringkat Asia - Jeff dalam bidang lakonan, saya dalam dunia seni suara."



Menyentuh sambutan Hari Ibu, Hady berkata selepas kemenangan dalam Singapore Idol, beliau banyak menjayakan acara Hari Ibu yang menyentuh perasaannya kerana memberi sanjungan buat kaum ibu yang banyak berkorban.



"Ramai wanita di luar sana yang memiliki semangat gagah melalui ujian demi ujian. Saya lihat ibu saya sendiri. Orangnya kuat semangat dan bijak berdikari. Dalam apa jua kesulitan atau tempoh sukar, beliau tetap memberi kata-kata positif buat saya dan kakak.



"Konflik keluarga ditangani dengan sabar. Beliau datang daripada keluarga besar dengan 13 adik-beradik lain. Ibu anak keempat dan banyak membantu adik-beradiknya. Jasanya tidak dilupakan.



"Baru-baru ini, ibu menghabiskan masa empat bulan melancong ke Eropah. Biarlah beliau rehatkan minda bersama teman-temannya. Saya dan kakak akan mendoakannya," katanya lagi.



Di ambang Ramadan, Hady teruja dengan peluang meniaga sambil bertemu orang ramai dengan mengirim sendiri air katira ke rumah atau pejabat yang menempah.



"Saya bayangkan keadaannya sibuk dengan perniagaan di bazar Geylang. Saya kendalikan perniagaan air katira dan kuih Raya. Air katira malah akan ditambah perisanya.



"Alhamdulillah, ibulah yang jadi pengarah segala urus niaga saya dengan memastikan semuanya berjalan lancar.



"Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai duta dan pengarah operasi syarikat khidmat jual beli dan sewa kereta, Kassimbaba Autohub, saya berterima kasih kepada isteri yang membantu mengendalikan perniagaan keluarga kami," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >