Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Hafary tawarkan promosi di 2 cawangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

IKLAN

Hafary tawarkan promosi di 2 cawangan

Feb 28, 2014 | 06:02 AM



FIRMA Hafary Pte Ltd merupakan antara pembekal utama bagi perhiasan asas rumah seperti jubin, kayu, mozek serta perkakas kebersihan dan alat kelengkapan lain.


Sejak memulakan perniagaan pada 1980, Hafary Pte Ltd telah menawarkan sehingga 4,000 produk untuk dipilih pelanggan.


Sehingga ke hari ini, firma itu telah membuka sebanyak tiga cawangan mempamerkan produk mereka.


Baru-baru ini, Hafary telah berpindah dari cawangan mereka yang lama di Defu ke cawangan yang baru di Eunos.


Di cawangan baru ini, Hafary akan mempamerkan perkakas bilik mandi Geesa dari Belanda.


Perkakas mandi ini juga pernah dipamerkan di Muzium Stedelijk di Amsterdam, satu institusi antarabangsa terkemuka yang dikhaskan bagi seni dan reka bentuk yang moden dan kontemporari.


Pameran ini akan memaparkan rekaan daripada pereka Belanda, Marcel Wanders.


Pameran ini akan diadakan di galeri Hafary dan juga di Hafary Tradehub 21 pada suku kedua tahun ini.


Hafary juga sedang menjalankan promosi di kedua-dua cawangan yang disebutkan tadi iaitu Galeri Hafary dan Hafary Trade Hub 21, yang telah bermula sejak 17 Februari lalu sehingga 31 Mac ini.


Diskaun sebanyak 25 peratus ditawarkan kepada para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan kelengkapan Fima Carlo Frattini.


Fima Carlo Frattini ini merupakan jenama penjagaan kebersihan Italy bagi alat kelengkapan rumah.


Jenama ini mudah dikenal pasti kerana kepekaan si pereka pada setiap perincian produk. Produk ini menjanjikan bilik mandi yang kelihatan moden dan bermutu.


Selain itu, Fima Carlo Frattini, turut menawarkan jenama lain seperti Innoci, Pablo dan OXO.


Bagi jubin pula, jenama yang mereka tawarkan termasuk Marazzi, Ceramiche Provenza dan Mirage.


Galeri Hafary terletak di 105 Eunos Avenue 3 atau hubungi 6250 1368.


Sebuah lagi cawangan adalah Hafary Tradehub 21 di 18, Boon Lay Way #01-132 Tradehub 21. Ia boleh dihubungi 65706265.


Bagi maklumat tambahan, , kirimkan emel kepada enquiry@hafary.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >