Hafeez Glamour rindu rendang Negeri Sembilan arwah ibu
Jun 24, 2016 | 05:30 AM
DI sebalik gurau senda yang diungkapkan ketika mengacara atau tatkala ke udara di corong radio, juruhebah popular Hafeez Glamour merasakan sekelumit kerinduan di ambang Syawal.
Beliau terkenangkan arwah ibunya, Allahyarhamha Ramlah Haji Arifin, yang meninggal dunia pada usia 82 tahun kerana penyakit tua pada 18 Jun 2014.