SEHINGGA dinihari semalam, penyanyi dangdut Rohaizah Nordin, yang lebih dikenali dengan nama pentas Haiza, begitu ceria melayan media dan peminat daripada pelbagai lapisan usia yang datang menyokongnya di pentas Gegar Vaganza.
Walaupun dendangan lagu Puisi Cinta serta gandingannya bersama Ezad Lazim dalam lagu Apa Khabar gagal mendapat tempat di hati juri, peserta yang sering tampil dengan kreativiti prop dan kostum yang cukup menyerlah itu menerima keputusan tersebut dengan penuh kesyukuran.