HALIA didapati boleh membantu mengurangkan rasa mual, tidak kira apa juga sebabnya.
Bahan ini digunakan sebagai rempah dan ubat berabad-abad lamanya. Ia digunakan secara tradisional oleh doktor di Timur bagi menghangatkan sistem dalam badan dan meredakan penyakit penghadaman. Ia kekal digunakan hingga hari ini dek khasiat pemanasan dan perangsangnya.