Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Halil Chik meninggal dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Halil Chik meninggal dunia

Jun 30, 2019 | 01:11 PM



BIDUAN Halil Chik, penyanyi era 1970-an yang terkenal dengan julukan ‘Tom Jones Singapura’ menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 7 pagi tadi.



Beliau yang popular dengan lagu Kemesraan, Joget Bunga Melati dan Pertemuan Pertama dimasukkan ke Hospital Ampang setelah diserang angin ahmar di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.





Ini disahkan sahabat baiknya, Datuk Tommie Tumiran yang mewakili keluarga Halil ketika dihubungi.



Beliau memaklumkan bahawa jenazah Halil mungkin akan dikebumikan selepas solat Asar sebab menanti adik-beradik arwah dari Singapura.



Menurutnya lagi, Halil dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dua minggu lalu kerana tekanan darah yang sangat tinggi melebihi bacaan 200.



Tekanan darah yang membawa pada strok itu menyebabkan bahagian tubuh sebelah kiri termasuk tangan dan kakinya sukar digerakkan.



Menurut laman Harian Metro, Datuk Tommie berkata beliau dihubungi anak Halil yang meminta bantuan datang ke rumah mereka kerana penyanyi itu tidak boleh bangun.



Tambahnya, beliau kemudian memanggil seorang rakan berbadan sasa untuk mendokong Halil masuk ke kereta selepas dibawa turun dari kondominium kediaman penyanyi itu.



Halil, 70 tahun, yang nama sebenarnya Abdul Halil Rokiah, pernah juga merakam album bersama kumpulan Trio Manja yang mempopularkan lagu Hari Raya, Lenggang Mak Limah.





Trio Manja dianggotai Aida Ahmad, Jamaliah Arshad dan Hamidah Ahmad.



Halil juga pernah diberi penghormatan dengan mengadakan konsert di Esplanade, Satu Malam Bersama Halil Chik pada 2015.



Rakan seperjuangan dalam seni, Rahimah Rahim, menyifatkan Halil sebagai sahabat yang baik hati dan lembut tutur katanya.



“Kami selalu berduet dalam rancangan hiburan di Singapura. Beliau sahabat seni yang disayangi ramai dan sangat dihormati,” katanya.



Halil yang berstatus duda meninggalkan dua anak lelaki berusia 23 tahun dan 19 tahun.



Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >