Halil Chik sempat beraya di Singapura bersama adik-beradik
Jul 01, 2019 | 05:30 AM
SUARANYA yang gemersik merdu dan mendayu-dayu ketika menyanyikan lagu balada cinta seperti Kemesraan mahupun lagu rancak Pertemuan Pertama membawa pada gelaran 'Tom Jones Singapura'.
Biduan Halil Chik yang popular sekitar tahun 1970-an dan 1980-an kini meninggalkan nostalgia dan khazanah lagu termasuk irama Lebaran, Lenggang Mak Limah, buat ramai peminatnya setelah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 7 pagi semalam.