Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Hannah dengar lagu Jawa bagi sahut cabaran 'Langsuir'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hannah dengar lagu Jawa bagi sahut cabaran 'Langsuir'

Sep 18, 2018 | 05:30 AM



Nama pengarah Osman Ali sudah menjadi bak satu jenama dengan beliau merupakan insan belakang tabir di balik kejayaan filem 'Ombak Rindu', 'Cun!' dan 'Jwanita'. Kini, timbul pula filem seram romantik, 'Langsuir', yang memberi ruang buat dua bakat Singapura, Hannah Delisha dan Daaim Jailani, menyinar. Apakah impak yang dibawa kededuanya? Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan sesi pratonton khas 'Langsuir' di pawagam Cathay kelmarin.



TAWARAN berlakon dalam filem pertamanya Langsuir datang sekelip mata tatkala jelitawan asal Singapura, Hannah Delisha, sedang perlahan-lahan membina nama dalam bidang lakonan drama dan nyanyian di Malaysia.



Justeru, tidak dapat dinafikan rasa tertekan menyelubungi jiwanya sepanjang penggambaran dan di ambang tayangan serentak filem tersebut di pawagam Singapura dan Malaysia pada Khamis ini.



Hannah, 21 tahun, tidak pasti bagaimana respons ramai apabila beliau yang sering diberi peranan gadis manja di kaca televisyen tiba-tiba bertukar menjadi langsuir bernama Suri. Suri pula jatuh cinta dengan jejaka bernama Azlan (lakonan Syafiq Kyle) meskipun kededuanya datang daripada dunia berbeza.



Tambahan pula, Langsuir menyusuli barisan filem seram 'pecah panggung', Hantu Kak Limah dan Munafik 2, yang ditayangkan satu persatu bagai mengikut giliran atau musim filem seram. Lantaran itu, bagi Hannah, mungkinkah jangkaan ramai begitu tinggi bagi filem ini?



Semua ini dikongsi gadis manis ini dalam kesempatan Gah! bertemunya di ruang Platinum Suite, pawagam Cathay, kelmarin.



Awal daripada itu, Hannah bertemu lautan peminat yang menanti kehadirannya bagi sesi pratonton khas Langsuir.



Sebagaimana ceritanya:



"Kalau nak fikirkan, memanglah saya rasa tertekan sebab ini filem pertama saya.



"Namun, saya yakin segalanya bergantung pada rezeki. Apabila Hantu Kak Limah dan Munafik 2 disambut baik di pawagam, saya tak tahu apa nak dijangkakan buat Langsuir. Tayangannya pula belum lagi bermula.



"Cuma, payah nak dibandingkan ketiga-tiganya sebab semuanya memiliki konsep berbeza walaupun ada unsur seramnya.



"Hantu Kak Limah adalah filem seram komedi. Tengok hantunya pun dah ketawa. Munafik 2 pula lebih serius dan ada unsur keislaman.



"Langsuir pula menjurus ke arah filem fantasi cinta dengan unsur Melayu klasik daripada segi bahasa si langsuir disisipkan dengan konteks moden. Ia macam filem Twilight."



Sebelum memasuki set lakonan, anak penyanyi era 1980-an, Noor Ashikin Ahmad, itu menyertai kelas lakonan kendalian Ellie Suriati.



"Kak Ellie pesan, saya harus kikis keperibadian Hannah Delisha di set penggambaran. Sejurus pengarah kata 'Action!', saya adalah Suri, si langsuir yang mencari kasih sayang manusia.



"Bagi memastikan saya mampu menghidupkan watak itu dengan baik, saya kerap menghabiskan masa seorang diri pada waktu malam di kawasan sunyi sekitar Langkawi.



"Saya bayangkan rumah Suri di dalam gua dan dia tidur di atas pokok!" dedahnya lagi.



Memandangkan Suri merupakan langsuir berjiwa lembut yang agak puitis dan tersusun budi bicaranya, Hannah banyak mendengar lagu Jawa dengan iringan gamelan bagi mewujudkan semangat 'jiwa-jiwa' yang diperlukan pengarah Osman Ali.



"Saya memang hormati Abang Osman sebelum bekerjasama dengannya. Orangnya profesional dan amat penyabar.



"Menjalani penggambaran dalam musim tengkujuh adalah satu cubaan besar. Suasana sekejap ribut, sekejap tidak. Kami perlu naik bot dan banyak penantian kerana faktor cuaca.



"Namun, beliau tenang sahaja dan sering memberi dorongan buat kami berikan emosi yang terbaik bagi sesuatu adegan," puji pelantun lagu Tak Perlu Kata Apa-Apa itu.



Menyifatkan adegan berlari dalam berkaki ayam di kawasan yang penuh batu-batu tajam, Hannah menjelaskan:



"Tatkala itu, kami melakukan penggambaran menggunakan dron. Sebabnya, juruvideo tiada ruang berada di kawasan yang sempit itu bagi merakam video seperti biasa.



"Saya hanya tawakal saya tak terjatuh dan kaki tak cedera sepanjang adegan tersebut.



"Tapi kalau tanya babak yang paling saya suka tentunya ketika Suri dipaku kepalanya! Ia penuh saspens dan ada ramai pelakon dalam babak itu," jelasnya sambil tertawa.



Hannah akur ramai peminat yang sukakan keserasiannya dengan Syafiq, bermula dengan gandingan dalam drama Mencintaimu Mr Photographer.



"Saya hargai mereka yang puji keserasian kami. Namun, saya juga berharap mereka juga akur bagi wujudkan keserasian itu, kami tidak perlu bercinta di alam nyata. Sebab kami hanya berlakon sahaja.



"Di luar set, saya bukan Suri dan Syafiq juga bukan Azlan. Saya yakin mereka faham," tambahnya.



Kerjaya yang dibina, dalam pada itu, turut mendewasakan Hannah.



"Saya perlu dewasa segera. Tak boleh ada perangai budak-budak lagi. Kerja sebagai anak seni tidak semudah mana yang orang lihat di televisyen. Banyak pengorbanan. Saya perlu jaga diri dan cepat menyesuaikan diri.



"Maklumlah, budak-budak biasanya melihat selebriti sebagai teladan. Kebanyakan masa orang terlupa, kami pun manusia biasa. Walau apa pun, saya takkan sesiakan amanah saya," ujarnya yang turut mendendangkan lagu runut bunyi Langsuir, Lara Suri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >